Sheikh Dr Naim Abd Razak Pensyarah Universiti Insaniah berkata sesuatu kepada Pengetua Pondok Bandar Hilir Ustaz Hj Ismail Hj Mahmud
Jamuan ala kampung selepas sesi ceramah motivasi kepada pelajar dan guru-guru oleh dua orang pensyarah dari universiti Insaniah Kedah, turut kelihatan Ustaz Hj Alias Abdullah Penolong Kanan Pondok Bandar Hilir .
Walaupun sehari sahaja lawatan muhibbah daripada seramai 85 orang mahasiswa dan mahasiswi serta 3 orang Pensyarah Universiti Insaniah Kedah ,telah memberi imput yang sangat bermakna kepada warga Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir ,terutamanya kepada guru-guru dan pelajar disini .Dalam ucapan dua orang Pensyarah Insaniah lebih menekan tentang perlunya diperhalusi dan dihayati adab -adab ilmu yang menjadi nadi kepada kekuatan disiplin ilmu itu sendiri. Katanya lagi sewaktu di bangku sekolah perjuangan mendapatkan ilmu adalah suatu jihad, sunnahnya mereka yang cintakan ilmu perlu bersusah payah bagi mendapatkan ilmu maka tak dapat tidak untuk mendapatkan ilmu perlulah disertakan dengan niat yang ikhlas jika tidak ilmu yang dipelajari tidak menjadi ibadah sebaliknya menjadi sia-sia sahaja .
Beliau juga menekankan kepentingan belajar Bahasa Arab , perkara ini jelaskan sewaktu berbincang dengan Pengetua Pondok Bandar Hilir .beliau berasa pelik kerana di Pondok Bandar Hilir kitab yang dipelajari boleh dikatakan semuanya berbahasa Arab ,tetapi pelajar dan guru-guru sangat lemah dengan bahasa arab .beliau menyarankan agar setiap hari para pelajar perlu dibiasakan bercakap ,mendengar bahasa Arab oleh guru sendiri seperti هل صليت اليوم .ما تأكل اليوم insyaALLAH jika berterusan begitu pelajar -pelajar akan mahir berbahasa Arab suatu hari nanti .
Bagaimana pun pihak Pondok Bandar telah mengambil tindakan awal dalam mempertingkatkan penguasaan bahsa Arab di kalangan pelajar iaitu kelas kursus bahasa Arab seminggu sekali oleh Ustaz Aswad dan menambah 2 orang lagi guru bahasa Arab bekas pelajar Pondok ini iaitu Ustazah Nurul Ummi Kamarudin ( Lepasan Mesir ) dan Ustazah Toiyybah Azizan lepasan Yamen, insyaALLAH akan memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab di kalangan guru dan murid.
Jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Insaniah kerana memilih Pondok Bandar Hilir dalam siri lawatan Tuan-Tuan Guru negeri Kedah, apa pun banyak infak yang kami dapat selain dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa mengaji Pondok ini tak akan ke mana-mana hanya setakat jadi lebai kampung sahaja kami dapat buktikan bahawa lepasan Pondok ini sudah lebih 10 orang pelajar di sini melanjutkan pelajaran ke Universiti Insaniah dan tahun 2010 dua orang bekas murid Pondok Bandar Hilir melanjutkan pelajaran keMesir ...tapi bagaimana...mereka boleh keMesir ???? yaaa..saya akan jelaskan jika ingin tahu . INSYAALLAH.
Hormat daripada saya,
HJ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB.
Pengetua Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir,
08200 Sik, Kedah Darul Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan