HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-12-30

PEMBINAAN ASRAMA LELAKI ... rayu sumbangan

Sambutan terhadap Pondok Bandar Hilir (PBH) amat memberangsangkan. Dengan penempatan yang sedia ada (pondok) sudah tidak mampu menampung kepadatan pelajar,  maka pihak pentadbiran PBH mengambil keputusan untuk membina sebuah asrama khusus untuk pelajar lelaki. Pembinaan yang dimulakan pada September 2011 yang lalu kini sedang rancak berjalan. Semua ini adalah hasil sumbangan para dermawan yang ikhlas membantu. 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam untuk tatapan semua.

Gambar di bawah ini dirakam pada Oktober 2011.
 



Kini kerja-kerja pembinaan sedang rancak berjalan. 


Gambar di bawah dirakam pada Disember 2011.



Pihak PBH amat berterima kasih kepada para penyumbang dan berdoa semoga sumbangan ini diberkati ALLAH SWT. Walaubagaimana pun pihak PBH masih memerlukan lagi sumbangan untuk menyempurnakan pembinaan ini termasuk untuk membeli kelengkapan asrama seperti katil, tilam, almari dan lain-lain lagi. Pihak PBH menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu merealisasikan hasrat murni ini. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun yang tertera dalam blog ini ataupun dialamatkan kepada Tuan Pengetua PBH. Insya ALLAH sumbangan tuan/puan akan dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang gigih meninggikan kalimah ALLAH Yang Mulia.

2011-12-27

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2012

    
 



   Waris menjelaskan yuran


Ust Hj Ismail (Mudir) memantau pendaftaran

Ust Sufi membantu mengisi borang pendaftaran



Tn Mudir mengendalikan sesi temuduga


Jamuan tengah hari disediakan oleh pihak PBH



Ustazah-ustazah turut membantu




2011-12-04

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2012.

Adalah dimaklumkan Pendaftaran dan Temuduga Pelajar Baru Sesi Pengajian 2012 akan diadakan pada :-

          TARIKH     : 25 Disember 2011 (Ahad)
          MASA        : 9.00 pagi.
         TEMPAT     : Pejabat PBH.
                             
SILA BAWA BERSAMA :-
                                       
        i) Sekeping Salinan Kad Pengenalan.
        ii) Dua keping gambar (ukuran pasport)
        iii) Surat Berhenti sekolah terdahulu dan sijil-sijil berkaitan.
        iv) Keperluan untuk penginapan seperti tilam, bantal, alatan kebersihan diri, pakaian solat, pakaian harian dan keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu.


YURAN PENDAFTARAN RM 300.00
BAYARAN KANTIN       RM 165.00*.
*bagi yang ingin masak sendiri tidak perlu menjelaskan bayaran kantin tetapi perlu membawa sendiri 
alatan memasak.

2011-11-09

2011-11-03

PEMBINAAN ASRAMA PUTERA







Bangunan asrama Putera masih dalam pembinaan. Adalah dianggarkan sejumlah RM 100,000.00 diperlukan untuk menampung kos pembinaan ini. Sumbangan para dermawan sekalian amatlah diperlukan. Sila hubungi :-
 Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan : 017-5804473 
atau Bendahari : 013-4147839. Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke no akuan Bank Islam yang tertera dalam blog ini. InsyaALLAH sumbangan anda semua 
akan diberkati ALLAH SWT dengan rezeki yang berpanjangan. 
TERIMA KASIH.

2011-10-03

LATAR BELAKANG PUSAT PENGAJIAN PONDOK BANDAR HILIR SIK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam  sejahtera  kepada muslimin muslimat dan tuan-puan  yang mengenali diri saya dan Istititusi Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik .terlebih dahulu mohon maaf kepada semua kerana maklumat ini sebagai tambahan atau pun munkin ada yang sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang Pusat Pengajian Islam  Pondok Bandar Hilir ini . .Saya paparkan disini adalah sebagai makluman dan  pengetahuan semua .

  Latar belakang Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik.Mula ditubuhkan pada awal 1992 atau bulan Mei 1993 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ayahanda Syaikei Tuan Guru Hj Salleh Musa Mudir Madrasah Rahmaniah Pondok Pekan Sik juga selaku Penasihat bersama dengan Ustaz Hj Hamzah Bekas Adun  Jeneri . Jauh lebih kurang km 12 dari pekan Sik .

            Alhamdulilah Pengasas Pondok Bandar Hilir  iaitu Tuan Guru Hj Abu Bakar  Ibrahim  (Bapa Mertua  saya) selepas menjalani tarbiah ruhiyyyah dan jasmani didalam tahanan ISA selama dua tahun di Kem Kemunting Perak bermula  1988 sehingga 1990 ,Beliau bertekad untuk mendirikan sebuah Sekolah Pondok bagi  meneruskan  kesinambung pengajianya selama 20 tahun bersama Al-Alamah Syaikei Tuan Guru Hj Omar Zuhdi Salleh Pondok Lanai .Baling Kedah .
 Hasil kerjasama orang kampung Bandar Hilir dan kampung sekitar kawasan  Sik ,serta dibantu oleh kawan-kawanya dan murid-muridnya akhirnya tanah pusaka peninggalan Hj Saman Dogol (Mertuanya) seluas 6 relong dapat dibeli dengan harga 60,00000( Enam Puluh Ribu Ringit  sahaja )  dan sebuah bangunan dua tingkat dapat didirikan .Bangunan ini   dijadikan bangunan  utama  bagi menempatkan  surau ,pejabat dan bilik darjah .Pelajar waktu itu hanya sekitar 60 orang terdiri anak-anak kampung tempatan yang mula  belajar daripada kelas akdadi (persediaan ) sehingga dua thanawi .


Selepas hampir 20 tahun Pusat Pengajian Islam ini diasaskan alhamdulilah kemajuan dan pembangunanya pesat membangun .Hingga sekarang jika dikira infasuktur dan pasarana yang ada ,termasuk bangunan sekolah , asrama penempatan pelajar sudah menjegkau 5 juta (Nilai Jabatan Bomba selepas kebakaran 2007)dan bilangan murid semakin hari semakin  bertambah.Bancian  awal januari 2011 ialah 220 orang  murid . Dan 16 orang kakitangan.disegi pencapaian murid ada yang sudah menjadi guru ,2 orang menyambung pelajaran keMesir ,diJakarta,Yamen dan 3 orang di Insaniah KUIN dan di Universiti Islam Selangor dan yang terus mendalami pengajian Pondok di Patani dan Kelantan dan yang sedang mengambil SPM STAM .soalnya macamana disini tak ada SPM STAM tapi boleh pergi merata-rata ..?jadi kalau ilmu disini dah mantap semua pelajaran mereka dah lalui maka ambil STAM SPM dimana pun boleh  lepas tu pi la mana kamu pergi .

 Pengajian Sistem Sekolah Pondok sehingga empat thanawi ini masih mengekalkan kurikulom Makkiyah  zaman ulama-ulama nasuntara yang menceduk ilmu ditiang-tiang masjiduharam dari ulama yang muktabar ,iaitu sistem hafazan ilmu alat atau tatabahasa arab melalui matan-matan dan kalam syae'r seperti nahu kitab  ajurumiah ,matan bina dan alfiah begitu juga dengan fekah tauhid dan sebagainya .melalui sistem ini murid akan melalui setiap mata pelajaran secara  harfiah dari kulit kekulit sehingga habis pelajaran yang dipelajari dihadapan guru .Pelajaran al-quran ,nahu ,sorof ,fekah ,tauhid dan tasauf selain bahasa arab sendiri sangat dititik beratkan .Kebanyakan kitabnya dalam bahasa arab dan jawi lama yang sangat unik dan mendalam .

 Pernah orang bertanya saya ustaz mengapa tidak ditukar sahaja pelajaran  Pondok kepada selibus yang lebih terkini ada SMRA ,STAM SPM ..? lebih menjamin masa depan anak-anak kita .? pantas saya menjawab sekolah arab yang macam tu dah banyak diMalaysia ni .Sekolah seperti saya ini lebih mementingkan ilmu , penghayatanya dan keberkatanya .Maksudnya   apa yang kamu belajar mesti beramal ,tandanya kebanyakan  pelajarnya sentiasa berkupiah lebai dan kain pelikat dimana saja mereka pergi ,tak kan gamak nak pi panggung wayang atau konset dengan pakaian surau ?ditangan depa biji tasbih dan sugi ..Tidak sesperti sekolah yang lain ilmunya untuk lulus peperiksaan sahaja. betul kan.ilmuya untuk dapat kerja sahaja .kalau tak dapat kerja dia sebenarnya sistem pelajaran sekarang sudah lari dari falsafah dan disiplin ilmu itu sendiri .ilmu yang lebih pentingkan pasaran kerja kerana  itu belajar untuk dapat banyak A.bukan lagi untuk nak sebarkan ilmu jadi pendakwah yang ikhlas ,beriltizam dengan ilmu seterusnya dapat amalkan ilmu ang dipelajari ..satu lagi kalau ditakdirkan sekolah seperti ini tidak ada .. kitab jawi ,arab siapa nak baca ,tengok saja disurau-surau negara sejak dari dulu sehingga sekarang pengukuhan akidah yang disemai oleh ulama kita dan penghatan ilmu adalah melalui kitab-kitab jawi dan arab .
dan inilah jasa peninggalan ulama kita diseluruh negara yang pernah berkhidmat mencurahkan ilmu tanpa balasan dan gaji .tetapi dapat melahirkan ummat yang kuat aqidahnya ,kuat islamnya serta iltizamya dengan ilmunya .maka jadilah mereka ummat yang dihormati .

berikutnya saya akan ulas mengapa sistem pengajian pondok perlu dipertahankan..

2011-08-31

MERIAHNYA AIDUL FITRI DPONDOK BANDAR HILIR SIK

Pagi sebelum hari raya

           Sembelih seekor lembu sumbangan daging mentah kepada fakir dan miskin ( kak mahawa)

                  Agihan daging lembu oleh ustaz ismail kepada 50 orang fakir miskin
                                                         antara penerima daging sedekah
                                                     balu kematian suami





Khutbah aidul fitri disampaikan oleh  Ustaz  Ismail Hj Mahmud
     lebih 200  orang muslimin muslimat  dari kampung-kampung berdekatan turut serta sembahyang aidul  
                                               fitri bersama  ustaz ismail dan warga Pondok Bandar Hilir
                                                    sumbangan duit raya kepada kanak-kanak
                            Pak Wa turut memberi sumbangan peribadi kepada kanak-kanak
                                                          Nah ..ambil duit raya ni..
                                     

                                       jamuan selepas solat audul fitri kepada muslimin
golongan  muslimat juga tidak melepas peluang menjamu selera

2011-08-28

WIRID AWAL SYAWAL

Dari Nabi SAW 

barangsiapa membaca  سبحان الله وبحمده  pada hari raya 300 kali kemudian dihadiahkan pahalanya bagi segala arwah muslimin muslimat ,niscaya Allah masukkan ribuan nur dalam tipa-tiap kubur mereka itu.Dan apabila ia meninggal dunia kelak Allah menerangkan kuburnya dengan beribu-ribu nur didalam kuburnya .


2.Dan Sabda Nabi SAW dari Anas bin Malik
Barangsiapa membaca  
لا اله الا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد يحى ويميت
وهو  حى لايموت  بيده الخير وهو على كل شئ قدير          

sebelum dari sembahyang aidul fitri 400 kali .Pada hari akhirat nanti Allah kahwinkan dengan 400 Hurulain ( anak dara syurga) dan pahalanya seperti ia merdeka seratus hamba dan Allah mewakilkan kepada malaikatnya diperbuat bagi dusun dan ditanam baginya beberapa pohon kayu sehingga hari qiamat .

Kata Zahri seorang tabi'n " aku tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak aku dengar daripada Saidina Anas r.a dan begitu juga kata Saidina  Anas aku juga tidak pernah meninggalkanya sejak aku dengar daripada Banginda Nabi SAW.



PERUTUSAN EIDULFITRI

السلام عليكم ورمة الله

Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT.

1 Sayawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan “fitrah” (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.

Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.???

Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan  lagi “tamak haloba” kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan.

Dikesempatan ini saya mewakili guru-guru, kakitangan sokongan, para pelajar dan seluruh warga Pondok Bandar Hilir mengucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada ibubapa, waris-wairs pelajar, para dermawan dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan pengorbanan kepada Pondok Bandar Hilir sama ada secara langsung arau tidak langsung. Hanya ALLAH SWT  yang mampu membalas segala budi baik dan luhur hati tuan/ puan terhadap kami di sini.

Sekian, terima kasih.

USTAZ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB, PJK.
Pengetua Pondok Bandar Hilir,
08200 Sik, Kedah Darul Aman.

2011-08-24

AKHIR RAMADAN

 السلام عليكم  ورحمة الله  وبركاته 
semoga  semua masih lagi kuat menuntut kelebihan ramadan yang disediakan  Allah  kepada ummatnya  terutamanya sepuluh malam terakhir  ini ,maaf la  banyak artekal  tak sempat saya tulis disini terutama tentang fadhilat ,amalan dan yang berkaitan malam lailatul  qadar  walaupun benda tu dah ada ,tapi nak buat macamna  malam-malam  terakhir macam  ni banyak sangat jemputan  untuk memberi tazkirah .Pada awalnya dok rancang malam yang akhir ni nak rehat kat mana-mana masjid nak usung  periuk belanga tikar bantal pi iktikaf .las sekali kena  layan  gak jemputan untuk bagi tazkirah  jadi bila balik pun  lewat ,tidur pun lewat lepas tu sahur pula lepas sahur program saya dah tetap lepas  subuh baca kitab sampai 8.30 pagi jadi tak dak masa nak ngadap ntang ni .

takirah 1
 Hadis Dari Jabir  r.a  Sabda Nabi saw :
Apabila akhir  ramadan menangis tujuh petala langit dan bumi dan segala malaikat kerana berlalu ramadan dan berlalu segala  kelebihanya dan ummatku berhadapan musibah bulan -bulan berikutnya .Maka sahabat bertanya apa musibah ya Rasulllah ..? sabdanya ialah  telah berlalu segala  kelebihanya iaitu doa padanya mustajab , sedekahnya diterima ,segala  kebajikan  dilipatganda ganjaranya ,siksa kubur  terangkat .maka tiada lah musibah yang terlebih besar daripada ini musibah .

قال رسوالله صلى الله  عليه وسلم
 نوم الصائم عبادة وصمته تسبيح وعمله مضاعف ودعاءوه مستجاب وذنبه مغفور 
maksudnya  tidur  orangyang berpuasa ialah  ibadah ,diamnya adalah tasbih ,amalanya pahala berlipat ganda,doa'nay mustajab dan dosanya diampun .

Maka kerana  itulah malaikat ,langit dan bumi yang tak diwajibkan  berpuasa pun  turut menangis mengenangkan  luputnya kelebihan -kelebihan  yang dihadiahkan  Allah untuk umat ini .sebaliknya ada dikalangan ummat itu sendiri gembira kerana berakhirnya ramadan boleh la makan seperti biasa ...???
Didalam kitab  jamu' fawaid dihikayatkan bahwa  seorang lelaki yang bernama Soleh bin Abdullah apabila  berpagi hari raya dia mengasingkan diri dari anak isterinya dan merantai tengkoknya dan  dituang dari atas kepala sehingga seluruh badannya .lalu orang ramai berkata  kepadanya pada  hari ini hari raya hari kesukaan ..? katanya  ya sememang aku tahu dan tetapi aku ini hamba ..telah menyuruh oleh tuhanku upaya aku mengerjakan amal sebanyaknya tetapi aku tidak tahu adakah amalan aku itu diterimanya atau tidak .Sedangkan Soleh diketika  itu duduk dibelakang musallah .orang ramai bertanya  lagi mengapa kamu tidak duduk  sekali dengan orang ramai dalam musalla ...? katanya aku datang ini kerana meminta rahmat dan ini lah tempat yang paling layak bagi orany yang meminta mudah-mudahan Allah menilik kepada kedaifakku lalu dia kasihan aku .
Nah ..betapa harapnya dia kepada keampunan  Illahi pada pagi  syawal yang shahdu...  
اللهم انك عفو كريم تحب  عفوا  فاعفو عنا 

" Dikata pad pihak ulama  hari raya orang mukmin  itu ialah  lima .
1. Berpagi-pagi ia seperti aidul fitri tiada  dicatat atasnya sebarag dosa .
2.Keluar seorang  dari dunia (mati) diatas  iman dan  syahadah dan terpelihara dari tipu daya syaitan .
3.Lalu atas  titian sirat dalam keadaan sentusa dari haru hara khiamat dan lepas daripada خصوم ( berlawan   kepayahan )hari kiamat .
4.Pada hari ia dimasukanya kedalam  syurga .
5.Pada hari  iadapat memandang wajah  tuhanya , maka ialah raya yang paling  besar .

Mudah-mudah kita akan mendapat keampunan dari tuhan dan doakan  segala amal ibdat kita sepanjang ramadan  diterima Allah ..amin 

   

2011-08-15

PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR LELAKI.




 Tapak asas pembinaan asrama pelajar lelaki.

Permintaan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu di sini memaksa pihak Pondok Bandar Hilir merancang untuk membina sebuah asrama khusus untuk pelajar lelaki. Anggaran kos untuk pembinaan asrama ini adalah dianggarkan berjumlah RM 100,000.00. Tapak asas pembinaan asrama ini sedang giat dijalankan. Ini adalah projek kedua yang mana Pondok Bandar Hilir juga merancang untuk membina surau dan asrama khusus untuk pelajar perempuan. Sumbangan anda semua amatlah diharapkan. Sumbanganan boleh dialamatkan kepada Tuan Pengetua pondok ataupun dimasukkan ke dalam akuan : 1520403622875 [May Bank] atau 02048010028139 [BIMB]. InsyaALLAH sumbanga anda akan diberkati ALLAH SWT.

Pembinaan Surau & Asrama Pelajar Puteri




 Gambar asrama lama yang telah dirobohkan dan di tapak inilah 
akan dibina semula surau dan asrama baru.



Pondok Bandar Hilir sedang merancang untuk membina sebuah surau dan asrama khusus untuk pelajar puteri. Asrama dan surau ini akan dibina di atas tapak asal asrama lama yang telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak selamat didiami. Sehubungan itu pihak kami amat mengharapkan dan mengalu-alukan sumbangan daripada muslimin muslimat sekalian. Kos pembinaan tersebut dianggarkan berjumlah RM 200,000.00. Sumbangan boleh dialamatkan terus kepada Tuan Pengetua atau pun dimasukkan ke akuan ; 152040362875 (May Bank) atau 02048010028139 (BIMB).

2011-08-10

fadzilat ramadan 2

Sabda Nabi SAW..

Sesiapa yang hadir pada majlis zikir dan ilmu pada bulan ramadan dituliskan setiap langkahnya ganjaran pahala setahun .Dan  pada hari khiamat sertaku dibawah naungan arasy .Barangsiapa yang mengekali sembahyang jamaah setiap waktu pada bulan ramadan dibinakan untuknya sebuah bandar yang serba mewah dan bersinar cermelang diakhirat nanti .Dan barangsiapa yang berbakti kepada kedua ibubapanya  pada bulan ramadan  niscaya  Allah akan menilik rahmat kepadanya serta Allah berlemah lembut akan dia .Dan perempuan yang mencari keredaan suaminya pada bulan ramadan melainkan baginya  pahala seperti Maryam dan Asiah .Dan barangsiapa yang menunaikan satu hajat (keperluan ) saudaranya yang muslim pada bulan ramadan niscaya Allah akan menunaikan beribu -ribu hajatnya .

saudaraku dan diriku sendiri sempena bulan ramadan yang sudah 10 hari meninggalkan kita sementara masih berbaki marilah kita berazam dan bertekad untuk menghadiri majlis ilmu pada bulan yang berkat ini .sama-sama kita tunaikan solat berjamaah dimana juga kita berada .janganlah abai tanggunjawab kita tetapi tingkatkanlah peliharaan kita  pada ibu bapa  samada yang sudah pergi dahulu meninggalkan kita dengan membanyak membaca zikir tahlil dan al quran hadiah untuknya atau dengan apa juga khidmat bakti kepada keduanya .Tidak lupa pula kepada para isteri yang sentiasa sibuk didapur atau sedang berkerja penuhilah kehendak suamimu agar sentiasa mendapat keredaanya dan keredaan Allah Azzawajallah .Akhirnya berilah sedekah kepada fakir miskin ,anak yatim  ibu tunggal dan kepada siapa juga yang memerlukan bantuan dari kita semua agar kita dapat merebut bonus pahala berlipat ganda daripada Subhanahu Wataala pada bulan yang berkat ini. .. selamat berpuasa .



2011-08-09

PROGRAM IHYA' DAN PAKEJ RAMADAN 1432

Ust Ismail mengetuai Majlis Tilawah Al Quran & Zikir Tahlil
 Solat Sunat Tarawih Berjamaah 
 
  
Para Pelajar Sedang Mengikuti Kuliah

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger