HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2012-08-22

PROGRAM SELEPAS RAMADAN

السلام عليكم  ورحمة الله تعالى  وبركاته 
 اهنئكم تحية مباركة  يوم العيد -تقبل الله منا ومنكم تقبل ياكريم


ٍSelamat  Menyambut Hari Raya idulfitri kepada semua ,
muslimin muslimat ,kenalan ,waris-waris pelajar dan pelajar -pelajar yang dirahmati Allah .
mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua dalam meneruskan tugas sebagai khalifah dan sekali gus sebagai hamba yang patuh kepada suruhan dan meninggalkan laranganya .

  Ramadan baru sahaja berlalu ,sudah pasti telah meninggalkan suatu kesan yang sangat mendalam kepada hamba Allah  yang patuh dan ta'at setia kepada suruhanya .Sebaliknya bagi hamba yang tidak patuh kepada suruhanya merasa lega ,seolah-olah mereka telah lepas suatu bulan sangat perit dan meyeksakan bagi mereka .
  Adapun mereka yang beriman dan menjadi hamba yang soleh ,kepergian ramadan merupakan sesuatu yang sangat rugi ,dan mereka akan menangisi keatas kepergian ramadan yang tercinta ,laksana seorang pemuda yang merindui kepergian kekasihnya  .
    Sebab itu ada riwayat yang menyebutkan bahawa kepergian ramadan bukan sahaja ditangisi oleh hamba-hamba Allah yang soleh sahaja bahkan seluruh isi langit dan bumi juga turut bersedih diatas kepergian ramadan yang tercinta  . Kerana keindahanya  begitu istimewaan ramadan  tidak ada tolak bandingnya jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang akan tiba.
    Ramadan adalah bulan yang  penuh barakah ,rahmat dan keampunan  dari Allah  SWT untuk hambanya yang benar-benar ingin mendampigi diri kepada penciptanya .Sesungguhnya ramadan telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada hambanya yang benar-benar berimanan dan bertakwa  .Sepanjang sebulan ramadan telah berjaya membentuk jiwa ,peribadi ,cara hidup yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan bulan yang lain .
  Kefarduan ramadan adalah untuk membentuk manusia agar menjadi hamba yang bertakwa kepada penciptanya .Jesteru ramadan telah membentuk seluruh anggota agar bertakwa . jiwa yang keras akan menjadi lembut dan prihatin .Jiwa yang keluh kesah akan merasa tenang dengan ketibaan ramadan .Hati yang hasad dengki kepada sesama makluk  akan patuh kepada segala suruhanya .begitu juga mata yang melihat cukup berjaga-jaga takut terpandang kepada perkara maksiat yang boleh mengurangkan pahala puasanya ,telinga yang  mendengar akan cuba mendengar kuliah ,tazkirah dan ayat -ayat al-quran yang dibaca .Begitulah segala anggota badan ,hati ,perut ,kaki,tangan dan seluruhnya apabila bertakwa ,maka anggota ini tidak akan bergerak selain digunakan untuk patuh dan taat kepada Allah SWT semata-mata .
   Jika seluruh anggota ini tidak taat patuh kepada suruhan dan tidak menjauhi larangan Allah, maka riasikonya dunia tidak akan aman dan sejehtera ,rumahtangga tidak akan menjadi harmoni ,masyarakat tidak akan tenteram bahkan  apa yang kita lihat keruntuhan bangsa yang berlaku dihadapan mata kita adalah hasil daripada terlalu mengikut kata nafsu .Pembunuhan ,kekejaman ,kezaliman yang berlaku terhadap dunia hari ini adalah lahir daripada nafsu yang terlalu tamak kepada kuasa ,takut hilang kuasa ,hati mereka terlalu hubbul riasah ,hubbul mal .Sebab itu kaki tangan akan bertindak dengan zalim jika kuasa tahta terancam ,Hati mereka terlalu sakit apabila melihat islam berjaya .
  Oleh yang demikian Allah memfardukan puasa kepada manusia Allah mengkaidkan dengan sifat takwa ,firman Allah  :   
يا ايها الذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب الذين من قبلكم للعلكم تتقون      
wahai orang-orang yang beriman difardukan keatas kamu berpuasa seperti mana orang yang terdahulu sebelum kamu semoga kamu bertakwa .
  akhirnya marilah mencari bekalan ,sebaik-baik bekalan itu ialah takwa ,
                            وتزودوا فان خير الزاد تقوى 
Jadi setelah sebulan kita dibekalkan takwa oleh Allah swt ,pastinya sudah cukup untuk kita meneruskan kehidupan selepas ramadan dengan  menjadikanya sebagai kayu pengukur,dan alat bagi menimbang amalan kita seharian adakah mengikut pertunjuk Allah atau sebaliknya .kalaulah kita berjaya seperti yang diajar oleh Allah kepada hambanya melalui latihan ramadan .maka hari raya berhaklah kita menyambut dengan penuh kegembiraan ,setelah berjaya dianugerah ijazah takwa oleh Allah swt .


sekian terima kasih 


selamat hari raya idul fitri maaf zahir batin 
.

 


Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger