HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2012-01-28

KATA IMAM GHAZALI

Kata Imi makanan  Ghazali r.a
manusia ini terbahagi kepada tiga  golongan
1.Hidupnya seperti .makanan . orang sentiasa berhajat kepadanya setiap ketika .
2.Hidupnya seperti ubat orang perlu kepadanya bila sakit.
3.Hidupnya seperti penyakit sentiasa menyusahkan orang .

oleh itu jadilah diri seperti orang yang pertama tapi syaratnya berilmu dan beramalserta  takwa .kalau tidak pun jadilah orang yang kedua .Jangan jadi yang ketiga menyebabkan  kamu dipandang hina .

2012-01-17

SUASANA DI PBH ... sekadar berkongsi

 Pelajar Putera... ceria

 Usth Nafisah Abu Bakar

 Tekun menuntut ilmu

 Usth Aishah Abu Bakar bersama murid-muridnya

 Pelajar puteri 

 Malu ka ...?

 Sepenuh tumpuan

 Usth Nurulummi, (kanan) bersama pelajar baru sedang mengisi borang pendaftaran.

Ust Hj Allias -Pen Kanan (kanan) .

2012-01-14

lawatan pensyarah dan mahasiswa insaniah


 Sheikh Dr Naim Abd Razak Pensyarah Universiti Insaniah berkata sesuatu kepada Pengetua Pondok Bandar Hilir  Ustaz Hj Ismail Hj Mahmud

Jamuan ala kampung selepas sesi ceramah motivasi kepada pelajar dan guru-guru oleh dua orang pensyarah dari universiti Insaniah Kedah, turut kelihatan Ustaz Hj Alias Abdullah Penolong Kanan Pondok Bandar Hilir .


Walaupun sehari sahaja lawatan muhibbah daripada seramai 85 orang mahasiswa dan mahasiswi serta 3 orang Pensyarah Universiti Insaniah Kedah ,telah memberi imput yang sangat bermakna kepada warga Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir ,terutamanya kepada guru-guru dan pelajar disini .Dalam  ucapan  dua orang Pensyarah Insaniah lebih menekan tentang perlunya diperhalusi dan dihayati adab -adab ilmu yang menjadi nadi kepada kekuatan disiplin ilmu itu sendiri. Katanya lagi  sewaktu di bangku sekolah perjuangan mendapatkan ilmu adalah suatu jihad, sunnahnya mereka  yang cintakan ilmu perlu bersusah payah bagi mendapatkan ilmu maka tak dapat tidak untuk mendapatkan ilmu perlulah disertakan dengan niat yang ikhlas jika tidak ilmu yang dipelajari tidak menjadi ibadah sebaliknya menjadi sia-sia sahaja .
  Beliau juga menekankan kepentingan belajar Bahasa Arab , perkara ini jelaskan sewaktu berbincang dengan Pengetua Pondok Bandar Hilir .beliau berasa pelik kerana di Pondok Bandar Hilir kitab yang dipelajari boleh dikatakan semuanya berbahasa Arab ,tetapi pelajar dan  guru-guru sangat lemah dengan bahasa arab  .beliau menyarankan agar setiap hari para pelajar perlu dibiasakan  bercakap ,mendengar bahasa Arab oleh guru sendiri seperti هل صليت اليوم .ما تأكل اليوم insyaALLAH jika berterusan begitu pelajar -pelajar akan mahir berbahasa Arab suatu hari nanti .
  Bagaimana pun pihak Pondok Bandar telah mengambil tindakan awal dalam mempertingkatkan penguasaan bahsa Arab di kalangan  pelajar iaitu kelas kursus bahasa Arab seminggu sekali oleh Ustaz Aswad dan menambah 2 orang lagi guru bahasa Arab bekas pelajar Pondok ini iaitu Ustazah Nurul Ummi Kamarudin ( Lepasan Mesir ) dan Ustazah Toiyybah Azizan lepasan  Yamen,  insyaALLAH akan memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab di kalangan  guru dan murid.

  Jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Insaniah kerana memilih Pondok Bandar Hilir dalam siri lawatan Tuan-Tuan Guru negeri Kedah,  apa pun banyak infak yang kami dapat selain dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa mengaji Pondok ini tak akan ke mana-mana hanya setakat jadi lebai kampung sahaja kami dapat buktikan bahawa lepasan Pondok ini sudah lebih 10 orang pelajar di sini melanjutkan pelajaran ke Universiti Insaniah dan tahun 2010  dua orang bekas murid Pondok Bandar Hilir melanjutkan pelajaran keMesir ...tapi bagaimana...mereka boleh keMesir ???? yaaa..saya akan jelaskan jika ingin tahu . INSYAALLAH.

Hormat daripada saya,
HJ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB.
Pengetua Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir,
08200 Sik, Kedah Darul Aman.

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger