HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-03-09

Makluman Cuti Sekolah

MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARIS PELAJAR PONDOK BANDAR HILIR, CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA PADA 11 -19 MAC 2011. TUAN/PUAN BOLEH DATANG MENJEMPUT ANAK TUAN/PUAN PADA 10 MAC, (KHAMIS) DAN PASTKAN MEREKA KEMBALI SEMULA KE PONDOK BANDAR HILIR PADA 19 MAC (SABTU). 
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : 
UST ISMAIL (MUDIR) ; 013-4884814, ATAU SETIAUSAHA KERJA 017-5804473

PENGUMUMAN UNTUK WARIS

Cuti persekolahan Pondok Bandar Hilir akan bermula pada 10 Mac hingga 19 Mac 2011. Para pelajar perlu kembali semula ke pondok pada 19 Mac 2011 selewat-lewatnya jam 5.00 petang.

Maklumat lanjut hubungi :-
                      013-4884814 (Ust. Ismail, Mudir)
                      017-5804473 (Setiausaha Kerja)

2011-03-02

Program Maulidur Rasul

Segala puji bagi Allah SWT di atas segala nikmat, kurniaan dan anugerah-Nya kepada kita, Selawat serta salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW, keluarga dan para Sahabat baginda yang mulia.

Alhamdulillah, pada 28 Februari sehingga 01 Mac 2011 bersamaan 25 dan 26 Rabiul A'wal, Markaz At-Ta'lim Wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir telah mengadakan Program Maulidur Rasul peringkat Pondok Bandar Hilir 2011. Pada selasa malam Ceramah Perdana telah disampaikan oleh YB Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap dan Ybhg. Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, Pendakwah Bebas.

                                              

Program Maulidur Rasul ini adalah merupakam program tahunan Markaz At-Ta'lim wat Tarbiyah, Pondok Bandar Hilir, setiap tahun kehadiran masyarakat sekililing ke program ini adalah amat memberansangkan. Antara Aktiviti yang telah diadakan ialah perarakan pelajar-pelajar bersama sepanduk sambil berselawat, persembahan nasyid, sajak, syair dan pidato oleh pera pelajar Pondok Bandar Hilir sebagai tuan rumah dan para pelajar daripada pondok-pondok pengajian islam yang berhampiran sebagai jemputan. Pengetua Ustaz Ismail Mahmud mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah membrikan kerjasama yang baik samada secara langsung mahupun tidak. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini.

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger