HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2013-10-29

PEPERIKSAAN THANAWI PONDOK BANDAR HILIR SIK


Dewan Peperiksaan memuatkan 200 murid .Ustazah Aizam Ibrahim setiusaha peperiksaan memberi taklimat kepada calon peperiksaan thanawi .


Ustaz Alias Abdullah ( Penolong Kanan 1)memastikan peperiksaan berjalan lancar


tekun menjawab soalan ,kalau tak lulus alamatnya tak naik kelas laaa....


Ustazah Taibah dan Ustazah Fadzilah   mengawasi pelajar sedang menjawab soalan ditingkat atas .
Calon peperiksaan kelas Akdadi dan satu thanawi .wajib lulus jika gagal tidak akan naik kelas tahun hadapan .
                              

  SELAMAT MENJAWAB SEMOGA ANDA CERMELANG   
الاستاذ حاج اسما عيل محمود
مدير
مركز التعليم فوندوق بندر هيلير سيك قدح





2013-08-12

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI 1434

Kepada semua waris pelajar dan muslimin muslimat .

Saya mewakili semua guru-guru dan kakitangan mengucapkan "Selamat Menyambut Aidul Fitri Maaf Zahir Dan Batin "semoga roh  ramadan masih berbaki sebagai bekalan menempuh ujian hidup selepasnya .

 Sesungguhnya bulan mulia yang sarat dengan ganjaran pahala berlipat ganda tawaran istemewa ,ilmu ,tarbiah ,berkat ,rahmat dan magfirah telah melatih kita selama sebulan .Apakah latihan sebulan ini cukup untuk jadi bekalan sepanjang tahun ..? jawapanya tepuk dada tanya iman .
kerana  itu  puasa itu diiringkan dengan iman dan ihtisab  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تاءخر  maksudnya sesiapa yang berpuasa penuh dengan keimanan dan sambil menghitung pahala amalan berpuasa niscaya diampun dosanya  yang terdahulu dan kemudian .

   Puasa juga adalah zakat badaniah ,Sabda nabi SAW     
لكل شىء زكاة وزكاة الجسد الصوم
Maksudnya Bagi setiap sesuatu itu ada zakat (pembersihan ) zakat badan ialah puasa .
     Sepanjang tahun kita makan ,minun dan menggunakan seluruh anggota sama ada untuk Allah atau kepentingan sendiri, seperti kaki berjalan ketempat kerja ,tangan tugasnya makan, pendek kata semua anggota fazikal telah kita guna hampir setahun, begitu juga anggota jasmani (Batiniah ) akal ,nafsu ,hati .kita berfikir ,meranncang ,mengatur ,mesyuarat dan lain-lain lagi .Maknanya seluruh anggota zahir batin telah digunakan maka tibalah masanya untuk diservis atau dicuci ,caranya dengan Allah memfardukan  puasa ,bila seorang itu berpuasa maka sucilah jiwanya ,sihatlah tubuh badannya atau bahasa yang lebih tepat tuhan sebut fitrah (bersih) orang yang masuk berpuasa dan keluar daripadanya akan jadi fitrah bersih .Jestru sangat bertuah bagi orang yang berpuasa selain mendapat pahala yang berlipat kali ganda dalam masa yang sama dapat membersihkan jiwa dan memdapat keampunan Allah .
  Bagi orang yang tidak berpuasa jiwanya sentiasa kotor dibiarkan berkarat tak dibasuh lama kelamaan akan jahanam dan rosak .lihat buktinya .Hati mereka ini sentiasa keluh kesah tidak senang hidup dan sangat melarat ,kalu nak makan diwaktu bulan puasa terpaksa menyembunyi dari pandangan ramai .matanya liar mulutnya terngaga ,

    Pada  Hari lembaran ada dua golongan pertama orany yang gembira dan bersyukur kepada Allah kerana kefarduan  ramadan keatasnya .Golongan  yang kedua gembira tetapi tidak berani bersyukur kepada Allah ,golongan  ini hanya bergembira sahaja dengan kedatangan syawal ,mereka tidak perlu berpuasa . Hati mereka berpura -pura gembira seperti orang lain ,Bagi menzahirkan kegembiraan bunyian mercun lebih banyak dan kuat  darirtakbir ,bertasbih kepada Allah .Tidak ada alasan untuk beryukur ,berterima kasih kepada Allah .Sebab ketika orang lain menunaikan  fardu Puasa dengan letih payah mereka berbuka tanpa segan silu.Lebih hebat lagi mereka mendatangkan pelbagai alasan kepada diri sendiri untuk berbuka .

      Diriwayatkan sewaktu nabi kita Muhammad SAW dimengrajkan baginda terlihat seorang lelaki yang meraung-raung melepaskan diri daripada api neraka ,Malaikat yang mengheritnya begitu ganas sekali tanpa belas kasihan ,lalu baginda bersabda apa hal dengan lelaki ini ,.? jawab malaikat wahai Muhammad pada hari ini tuan n katanya wahai Muhammad  inilah balasan umat tuan hamba yang tidak menghormati ramadan .Sabda nabi celaka lah orang yang dilaknat Allah sepanjang  ramadan .ِApabila masuk ramadan tidak diampun baginya.Sabda Nabi SAW :
ويل لمن ادرك رمضان فلم يغفر له
Maksudnya :  celaka lah bagi mereka bila tibanya ramadan maka tidak diampun baginya .
 
        Semoga kita dipilih oleh menjadi orang yang fitrah sihat tubuh badan dan dikurniakan Allah semangat juang demi agam tercinta.
 mohon ampun maaf kepada semua SELAMAT HARI RAYA

makluman untuk waris  

17 hb Ogos Sabtu  dah buka sekolah harap semua waris dapat ambil perhatian ,jangan tambah cuti lagi cuti dah banyak dah ,lagi pun lepas nie  pepepriksaan ahkir tahun selepas tu cuti panjang pula ,harap kepada semua waris ambil perhatian demi pelajaran anak-anak kita .

sekian dari saya

Ustaz Hj Ismail Mahmud
Mudir Pondok Bandr Hilir Sik Kedah .



2013-06-12

TADARUS AL QURAN & ZIKIR TAHLIL RAMADHAN 1434

ASSALAMUALAIKUM.

Pondok Bandar Hilir akan mengadakan Majlis Tadarus Al Quran dan Zikir Tahlil sepanjang bulan Ramadhan akan datang khusus untuk arwah-arwah yang telah meninggal dunia. Muslimin dan Muslimat dijemput menyertai majlis ini dengan sumbangan RM 10.00 seorang arwah. Majlis ini akan diketuai oleh Mudir pondok, Ustaz Ismail Mahmud bersama 40 qari dan qariah yang terpilih. Penyertaan boleh dibuat melalui Facebook ini atau e-mel : attaalim93@gmail.com, telefon : 013-4884814 (Mudir), Masukkan sumbangan ke akuan BIMB 02048020039302. Sila nyatakan nama anda, nama si mati, alamat lengkap dan no telefon untuk penghantaran resit. Semoga Ramadhan 1434 adalah Ramadhan terbaik untuk kita semua. In syaa ALLAH.

2013-04-11

PROJEK SURAU TAMBAHAN  2013
PONDOK BANDAR HILIR TELOI TUA SIK  KEDAH   
 ANGGARAN  KOS RM 150,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SERATUS  LIMA PULUH RIBU           



SURAU TAMBAHAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN LEBIH 200 ORANG PELAJAR PERINGKAT MENEGAH .UNTUK MAKLUMAN SURAU YANG SEDIA ADA SUDAH TIDAK BOLEH MENAMPONG PERTAMBAHAN  PELAJAR YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT
OLEH ITU SAYA SELAKU PENGETUA SEKOLAH PONDOK INI MERAYU
KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BAGI   MENYIAPKAN SURAU .

SABDA NABI ; APABILA  MENINGGAL SEORANG ITU MAKA SELURUH AMALANYA TERPUTUS SELAIN TIGA  PERKARA  1. SADEKAH JARIAH ( iaitu sedekah yang sentiasa berjalan pahalanya )
2.ANAK YANG SOLEH YANG BERDOA UNTUK IBU DAN BAPANYA .
3.ILMU YANG YANG DIAMAL 

HUBUNGI SAYA  

O13 4884814 ( USTAZ HJ ISMAIL MAHMUD)PENGETUA 

NO AKAUN BANK ISLAM  020 480 100 28139 

 ATAS NAMA  PUSAT PENGAJIAN ISLAM PONDOK BANDAR HILIR .


SEKIAN

SEMOGA ALLAH MEMBALAS DENGAN PAHALA ATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN .












2013-03-02

MEBINA GENARASI ULAMA

Bukan suatu yang mudah membina genarasi ulama zaman lane ,banyak  cabaran baru terpaksa dilalui  Pondok seperti kami nie ..lebih -lebih lagi sekolah pondok yang tidak menjanjikan pasaran kerja seperti meraka yang belajar disekolah menegah ,  cuma jaminan melepaskan fardu ain ,disamping beramal dengan ilmu yang dipelajari .  tapi tahun ni jumlah pelajar sudah mencecah 340 pelajar berbanding tahun 2011 cuma 250 orang .


sebahagian dari pelajar perempuan yang sedang tekun belajar
tujuk cara solat yang betul

2013-02-28

MAJLIS MAULID PONDOK BANDAR HILIR SIK 1434

Majlis Maulidurasul yang telah berlangsung begitu meriah sekali ,10 kawah gulai habis semuanya dan majlis diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu dari tuan-tuan guru Pondok dan kenalan dari serata tempat .
Pengetua Ustaz Hj Ismail Mahmud sedang melayan tetamu Tuan Ustaz Otman Din dari Pondok Sungai Pau 

                            munkin ada sesuatu yang melucukan kelihatan juga Ustaz Jamil Junus dari Pondok Begia
Kelihatan Tuan Guru Hj Abdul Wahab Hassan Madrasah Tahzibun nufus ,Ustaz Syaari Hamid Pondok Lanai dan Ustaz Ghazali Majid Kuala Ketil

2013-01-29

CUTI PERSEKOLAHAN

ASSALAMUALAIKUM.

Adalah dimaklumkan pelajar Pondok Bandar Hilir akan bercuti mulai :-

7 Februari 2013 [Khamis] 
hingga 
11 Februari 2013 [Isnin]

Para waris boleh datang menjemput anak masing-masing pada  7 Februari 2013, jam 12.00 tengahari dan pastikan mereka kembali semula ke  Pondok Bandar Hilir pada 11 Februari 2013, tidak lewat dari jam 5.30 petang.

Sila hubungi :-
013-4884814 (Ust Hj Ismail)
013-4779113 (Ust Mohd Sufi)


2013-01-27

ASSALAMUALAIKUM.

ADALAH DIMAKLUMKAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2013 TELAH PUN DITUTUP.

HARAP MAKLUM.

2013-01-06

PENDAFTARAN SESI 2013

Sehari suntuk bermula  7.00 pagi sehingga  7.00 malam bermula selepas solat subuh berjamaah sudah ada waris yang bawa anak untuk didaftar masuk ke sekolah Pondok Bandar Hilir Sik ini. Semua guru-guru dan tenaga pengajar bertungkus lumus melayan para waris dan tetamu bagi meancarkan lagi hari pendaftaran sesi 2013. Pihak sekolah telah menyediakan  jamuan nasi gulai ayam kerana kebanyakan waris terpaksa menanti sehingga jam 5.00 petang baru selesai .

Hari ini sahaja seramai 100 orang pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk tanahair datang untuk belajar disini, ada dari Gerik Perak, ada dari Sungai Buluh Selangor ada dari Pahang tidak ketinggalan. Dari negeri Kedah sendiri yang mewakili beberapa kawasan seperti Sik, Baling, Kulim, Padang Serai dan lain-lain.
Ini menunjukan  sistem pengajian  Pondok telah berjaya menambat hari ibu bapa dan masyarakat untuk berjinak-jinak dengan pengajian  pondok. Alhamdulilah perkembngan amat menggalakan.
Terima kasih di atas sokongan semua pihak.

 



Sebahagian gambar untuk tatapan semua.
Sila sertai kami di Facebook untuk gambar-gambar lain yang sempat dirakam.


Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger