KULIAH SABTU

اهلاً وسهلاً ومرحباً بكم

table> widgeo.net

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : o13 4884814, Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Mahmud (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 0204 801002 8139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

2013-08-12

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI 1434

Kepada semua waris pelajar dan muslimin muslimat .

Saya mewakili semua guru-guru dan kakitangan mengucapkan "Selamat Menyambut Aidul Fitri Maaf Zahir Dan Batin "semoga roh  ramadan masih berbaki sebagai bekalan menempuh ujian hidup selepasnya .

 Sesungguhnya bulan mulia yang sarat dengan ganjaran pahala berlipat ganda tawaran istemewa ,ilmu ,tarbiah ,berkat ,rahmat dan magfirah telah melatih kita selama sebulan .Apakah latihan sebulan ini cukup untuk jadi bekalan sepanjang tahun ..? jawapanya tepuk dada tanya iman .
kerana  itu  puasa itu diiringkan dengan iman dan ihtisab  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تاءخر  maksudnya sesiapa yang berpuasa penuh dengan keimanan dan sambil menghitung pahala amalan berpuasa niscaya diampun dosanya  yang terdahulu dan kemudian .

   Puasa juga adalah zakat badaniah ,Sabda nabi SAW     
لكل شىء زكاة وزكاة الجسد الصوم
Maksudnya Bagi setiap sesuatu itu ada zakat (pembersihan ) zakat badan ialah puasa .
     Sepanjang tahun kita makan ,minun dan menggunakan seluruh anggota sama ada untuk Allah atau kepentingan sendiri, seperti kaki berjalan ketempat kerja ,tangan tugasnya makan, pendek kata semua anggota fazikal telah kita guna hampir setahun, begitu juga anggota jasmani (Batiniah ) akal ,nafsu ,hati .kita berfikir ,meranncang ,mengatur ,mesyuarat dan lain-lain lagi .Maknanya seluruh anggota zahir batin telah digunakan maka tibalah masanya untuk diservis atau dicuci ,caranya dengan Allah memfardukan  puasa ,bila seorang itu berpuasa maka sucilah jiwanya ,sihatlah tubuh badannya atau bahasa yang lebih tepat tuhan sebut fitrah (bersih) orang yang masuk berpuasa dan keluar daripadanya akan jadi fitrah bersih .Jestru sangat bertuah bagi orang yang berpuasa selain mendapat pahala yang berlipat kali ganda dalam masa yang sama dapat membersihkan jiwa dan memdapat keampunan Allah .
  Bagi orang yang tidak berpuasa jiwanya sentiasa kotor dibiarkan berkarat tak dibasuh lama kelamaan akan jahanam dan rosak .lihat buktinya .Hati mereka ini sentiasa keluh kesah tidak senang hidup dan sangat melarat ,kalu nak makan diwaktu bulan puasa terpaksa menyembunyi dari pandangan ramai .matanya liar mulutnya terngaga ,

    Pada  Hari lembaran ada dua golongan pertama orany yang gembira dan bersyukur kepada Allah kerana kefarduan  ramadan keatasnya .Golongan  yang kedua gembira tetapi tidak berani bersyukur kepada Allah ,golongan  ini hanya bergembira sahaja dengan kedatangan syawal ,mereka tidak perlu berpuasa . Hati mereka berpura -pura gembira seperti orang lain ,Bagi menzahirkan kegembiraan bunyian mercun lebih banyak dan kuat  darirtakbir ,bertasbih kepada Allah .Tidak ada alasan untuk beryukur ,berterima kasih kepada Allah .Sebab ketika orang lain menunaikan  fardu Puasa dengan letih payah mereka berbuka tanpa segan silu.Lebih hebat lagi mereka mendatangkan pelbagai alasan kepada diri sendiri untuk berbuka .

      Diriwayatkan sewaktu nabi kita Muhammad SAW dimengrajkan baginda terlihat seorang lelaki yang meraung-raung melepaskan diri daripada api neraka ,Malaikat yang mengheritnya begitu ganas sekali tanpa belas kasihan ,lalu baginda bersabda apa hal dengan lelaki ini ,.? jawab malaikat wahai Muhammad pada hari ini tuan n katanya wahai Muhammad  inilah balasan umat tuan hamba yang tidak menghormati ramadan .Sabda nabi celaka lah orang yang dilaknat Allah sepanjang  ramadan .ِApabila masuk ramadan tidak diampun baginya.Sabda Nabi SAW :
ويل لمن ادرك رمضان فلم يغفر له
Maksudnya :  celaka lah bagi mereka bila tibanya ramadan maka tidak diampun baginya .
 
        Semoga kita dipilih oleh menjadi orang yang fitrah sihat tubuh badan dan dikurniakan Allah semangat juang demi agam tercinta.
 mohon ampun maaf kepada semua SELAMAT HARI RAYA

makluman untuk waris  

17 hb Ogos Sabtu  dah buka sekolah harap semua waris dapat ambil perhatian ,jangan tambah cuti lagi cuti dah banyak dah ,lagi pun lepas nie  pepepriksaan ahkir tahun selepas tu cuti panjang pula ,harap kepada semua waris ambil perhatian demi pelajaran anak-anak kita .

sekian dari saya

Ustaz Hj Ismail Mahmud
Mudir Pondok Bandr Hilir Sik Kedah .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan