HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2012-11-13

PENDAFTARAN SESI 2013 DIBUKA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Kepada  semua muslimin muslimat 

Maklumanan kepada semua bahawa pendaftaran  sesi pengajian 2013 Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah telah pun dibuka sekarang. Bagi sesiapa yang ingin menghantar anak ke sekolah  ini boleh hubungi pihak  kami di talian
 1. Pegetua Ustaz Hj Ismail               013 4884814
 2. Penolong Ustaz Hj Allias          013 4660064
 3. Kerani                                    017 5804473

Yuran Pendaftaran        RM 320.00 ( Termasuk yuran bulan              pertama, katil, tilam dan kitab pengajian )
Makan Dikantin           RM 170.00 tiga kali makan .

Pakaian seragam           

  Lelaki  -Jubah putih, kupiah putih dan kasut sarung putih.
  Perempuan -tudung baju putih ,kain hijau dan kasut sarung hitam

Dokumen yang perlu semasa mendaftar           
1.Salinan kad pengenalan pelajar (pemohon)
2.Salinan kad Pengenalan waris.
3.Dua keping gambar pemohon
4.Salinan keputusan sekolah  yang terdahulu.

Tarikh temuduga :-

29 Disember 2012 (Sabtu), jam 9.00 pagi.  

Sebagai makluman  tambahan, pengajian di sini menggunakan sistem pengajian Thanawi bermula daripada Satu Thanawi sehinggalah tamat Empat Thanawi. Bagi pelajar yang lemah tulisan jawi, Al Quran dan Fardu Ain  akan dimasukkan  kelas pemulihan selepas lulus barulah layak kekelas Satu Thanawi dan seterusnya   sehingga  Empat Thanawi jika  lulus peperiksaan akhir pada setiap tahun sebaliknya ia akan kekal jika tidak lulus.
Istimewanya sekolah ini masih lagi mengekal pengajian tradisional iaitu pengajian kitab-kitab jawi dan arab seperti sistem pengajian pondok-pondok dahulu iaitu pada masa waktu selepas Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak .
   Kebanyakan  pelajar yang sudah tamat empat thanawi mereka akan mengambil SPM dan STAM di Sekolah Menengah Agama Zawiah Ampang Jeneri Sik Kedah (SABK) atau Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah. Selain itu, pelajar lepasan empat thanawi juga digalakkan menyambung pelajaran di Pondok Bendang Padang Selatan Thailand bagi melahirkan ulama .
Alhamdulilllah sejak dari mula penubuhan tahun 1992 oleh Tuan Guru Hj Abu Bakar Ibrahim, Pondok Bandar Hilir telah banyak melahirkan ilmuan dan  pemimpin tempatan seperti imam, bilal dan guru agama yang sedang berkhidmat seluruh pelusuk tanahair .

Diantara bekas pelajar Pondok Bandar Hilir.
 1.Ustaz Omar Azihal -lepasan Kuis (Kolej Universiti Islam Selangor )
 2.10 orang yang masih menyambung pelajaran di Insaniah Alor Setar 
 3.Saudara Anuar dan Zakiah di Universiti Kaherah Mesir.
 4.Hadi Ahmad dan Mohd Ali Abu Bakar  sekarang masih belajar di Yaman
 5.Saifullah Mahmud lepasan Pasentren Kubukelakah Indonesia 
 6.Habibah Ahmad -di Universiti Jokja Indonesia 
JADUAL PENGAJIAN

Pagi - Selepas solat subuh wirid dan menghafaz matan Jurumiah dan matan Bina bagi pelajar baru manakala pelajar lama  ialah pengajian kitab fekah seperti Al Baijuri Ianah, Kawakib dan lain -lain lagi .
Selepas sarapan, jam 8.30 solat dhuha dan jam 9.00 pagi masuk kelas sehingga 1.30 tengahari.

Tengahari - Selepas solat zuhur -pengajian  kitab pondok seperti Fekah, Hadis, Tafsir, Tauhid dan kelas bahasa Arab bagi pelajar tiga dan empat thanawi. Bagi pelajar kelas persediaan, satu thanawi dan dua thanawi mereka diwajibkan mengikuti kelas Nahu, Sorof Al Quran dan Fardu Ain sesi petang bermula jam 3.00 sehingga 4,30 petang .

Petang -selepas asar -pengajian umum kitab Ta'lim Mutaalim dan selepas  itu pelajar dibenarkan bermain (riadhoh) .
Malam -selepas solat maghrib pengajian  umum - kitab-kitab jawi. Selepas  solat Isyak  pelajar diwajibkan mengikuti kelas mutalaah dan  muzakarah yang dipimpin  oleh guru-guru dan pemimpin pelajar.
Pagi Sabtu -kuliah umum pelajaran Tafsir, Fekah dan Tauhid oleh pengetua Ustaz Hj Ismail Mahmud  untuk orang-orang  kampung .

Sekian  untuk makluman .
 

2012-11-02

ASRAMA BARU ... bumbung mula dipasang

ASSALAMUALAIKUM.

Pembinaan asrama untuk pelajar putera maju setapak lagi, bumbung mula dipasang dan ini menampakkan struktur sebenar pembinaan tersebut. InsyaALLAH asrama baru ini boleh digunakan pada awal 2013 nanti. Pertambahan pelajar pada 2013 dijangka menjangkau 400 orang dan  pembinaan asrama ini tepat pada masanya.



Berbanyak ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan serta menyokong perjuangan Pusat Pengajian Islam ini. Semoga usaha kita yang kecil ini akan dikira sebagai amal soleh di Mahsyar nanti.

Teruskan sokongan suci seiring denyut nadi.

2012-10-30

EIDILADHA DI PONDOK BANDAR HILIR.

ASSALAMUALAIKUM.

Sedikit paparan untuk tatapan semua, sambutan Eidil Adha di Pondok Bandar Hilir, sederhana tapi meriah. Pada Hari Raya Pertama tiga ekor lembu dikorbankan untuk jamuan para pelajar, warga / kakitangan PBH serta penduduk Kampung Bandar Hilir.
Solat sunat Eidil Adha diimamkan oleh Ust Muhammad Nizam Azizan manakala khutbah disampaikan oleh Tuan Guru Hj Ismail Hj Mahmud. Selesai sahaja berkhutbah dan bersamalaman dengan para jamaah, Tuan Guru Hj Ismail bergegas untuk bersama pihak Mapim dalam misi bantuan kemanusian membantu umat Islam Rohingya yang berada di sempadan Bangladesh.

 Solat sunat Eidil Adha diimamkan oleh Ust Muhammad Nizam Azizan

 Khutbah oleh TG Hj Ismail

 Bersalaman bersama jamaah

 Jamuan lemang dan laksa 
[makan kenyang2 sat lagi nak sembelih/lapah lembu pulak]

 Dapat duit raya lagi 

Lepas dapat duit raya ~ makan laksa pulak

 Tuan Guru memulakan perjalanan untuk bersama misi bantuan Umat Islam Rohingya




2012-10-15

PEMBINAAN SURAU dan ASRAMA


 
السلام عليكم ورحمة الله

Pusat Pengajian ISLAM Pondok Bandar Hilir sedang giat membina sebuah asrama lelaki dan surau serta asrama khusus untuk pelajar perempuan. Ketiga-tiga projek besar ini menelan belanja sebanyak RM1.5 juta.
Sehubungan dengan itu, 
sumbangan daripada semua pihak amatlah diharapkan.
Hulurkan sumbangan anda 
pihak Pondok Bandar Hilir akan memanfaatkan sepenuhnya.
Sila masukkan sumbangan anda ke akaun seperti yang tertera di blog ini.
Sumbangan anda amat kami hargai dan didahului dengan 
جزاكم الله خيرا كثيرا

Berikut adalah beberapa gambar untuk tatapan semua, sila layari Facebook Pondok Bandar Hilir untuk  melihat lebih banyak gambar.









2012-10-14

QURABAN PERDANA 1433 / 2012


السلام عليكم ورحمة الله.

Pusat Pengajian ISLAM Pondok Bandar Hilir akan menganjurkan program Qurban Perdana 1433 /2012 pada Hari Raya Eildil Adha (Raya Pertama) nanti.
Sehubungan dengan itu penyertaan daripada semua pihak amatlah diharapkan. Satu bahagian berharga RM 400.00.
Untuk menyertainya sila hantar (e-mel atau pos) nama, alamat dan nombor telefon  ke alamat emel dan pos seperti yang tertera dalam blog ini.
Maklumat lanjut sila berhubung dengan Tuan Pengetua, TG Hj Ismail bin Hj Mahmud @ Yaakob di talian 013-4884814.
Mudah-mudahan pengorbanan kita diterima oleh ALLAH SWT.

2012-09-24

LIQA' ULAMA', VIDEO ROHINGYA & BANTAHAN FILEM HINA NABI

 Ucapan aluan daripada Ustaz Hj Ismail Mahmud (Mudir) diantara ucapan beliau, kehadiran semua pada malam ini sangat penting kerana telah menunjukkan sokongan yang tidak belah bahagi serta  kecintaan kita kepada junjugan nabi yang kita kasihi dan memberi amaran kepada mereka yang menghina nabi. Sejarah telah membuktikan sesiapa yang menghina nabi seperti Ka'ab bin Asyraf dan Musailamatul Kazab akhirnya terbunuh di dalam peperangan. Penghinaan terhadap Rasullulah dilakukan dengan pelbagai bentuk seperti tulisan Allah dan Muhammad ditelapak kasut dan dipakaian. Mungkin tindakan musuh Islam yang melampau ini kerana mereka beranggapan umat Islam tidak berani bertindak atau kerana umat Islam telah dilihat sangat lemah, oleh itu inilah masa yang paling sesuai untuk kita semua bersatu di atas satu kilamah Tauhid bagi mempertahankan Aqidah Islamiah dan musuh akan menjadi gerun .

  
 Orang ramai memenuhi dataran Pondok Bandar Hilir Sik


Ust Tarmizi dengan gaya santai berceramah sambil menayangkan video Rohingya

Kanak-kanak pun tidak ketiggalan menunjukkan kecintaan kepada Nabi
Ust Hj Ismail mengetuai pembakaran bendera Israel, Amerika

YB.Dato'Hj Yahya Abdullah (Adun Jeneri dan Ustaz Hj Zakaria Hj Ahmad di pentas utama .


Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Sulaiman (Penolong Setiausaha Mapin) berkisar tentang penindasan dan pembunuhan secara zalim terhadap ummat Islam rohingya oleh puak Rakhken siam budis ksususnya diArakkan  sehinga disaat ini belum lagi berhenti .Dan Ustaz Zakaria Hj Ahmad menekan tentang pendidikan terhadap anak-anak dan cinta rasul.  Jesteru kami mengajak seluruh jiwa yang mengaku islam dan yang mengucap dua kalimah syahadah wajib bangun menentang anasir-anasir yang menghina nabi dan juga mesti membaikot apa juga barangan dan putuskan hubungan dengan Amerika Israel .

SILA LAWATI FACEBOOK PONDOK BANDAR HILIR 
UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR 
YANG SEMPAT DIRAKAM.

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger