HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-08-31

MERIAHNYA AIDUL FITRI DPONDOK BANDAR HILIR SIK

Pagi sebelum hari raya

           Sembelih seekor lembu sumbangan daging mentah kepada fakir dan miskin ( kak mahawa)

                  Agihan daging lembu oleh ustaz ismail kepada 50 orang fakir miskin
                                                         antara penerima daging sedekah
                                                     balu kematian suami





Khutbah aidul fitri disampaikan oleh  Ustaz  Ismail Hj Mahmud
     lebih 200  orang muslimin muslimat  dari kampung-kampung berdekatan turut serta sembahyang aidul  
                                               fitri bersama  ustaz ismail dan warga Pondok Bandar Hilir
                                                    sumbangan duit raya kepada kanak-kanak
                            Pak Wa turut memberi sumbangan peribadi kepada kanak-kanak
                                                          Nah ..ambil duit raya ni..
                                     

                                       jamuan selepas solat audul fitri kepada muslimin
golongan  muslimat juga tidak melepas peluang menjamu selera

2011-08-28

WIRID AWAL SYAWAL

Dari Nabi SAW 

barangsiapa membaca  سبحان الله وبحمده  pada hari raya 300 kali kemudian dihadiahkan pahalanya bagi segala arwah muslimin muslimat ,niscaya Allah masukkan ribuan nur dalam tipa-tiap kubur mereka itu.Dan apabila ia meninggal dunia kelak Allah menerangkan kuburnya dengan beribu-ribu nur didalam kuburnya .


2.Dan Sabda Nabi SAW dari Anas bin Malik
Barangsiapa membaca  
لا اله الا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد يحى ويميت
وهو  حى لايموت  بيده الخير وهو على كل شئ قدير          

sebelum dari sembahyang aidul fitri 400 kali .Pada hari akhirat nanti Allah kahwinkan dengan 400 Hurulain ( anak dara syurga) dan pahalanya seperti ia merdeka seratus hamba dan Allah mewakilkan kepada malaikatnya diperbuat bagi dusun dan ditanam baginya beberapa pohon kayu sehingga hari qiamat .

Kata Zahri seorang tabi'n " aku tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak aku dengar daripada Saidina Anas r.a dan begitu juga kata Saidina  Anas aku juga tidak pernah meninggalkanya sejak aku dengar daripada Banginda Nabi SAW.



PERUTUSAN EIDULFITRI

السلام عليكم ورمة الله

Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT.

1 Sayawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan “fitrah” (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.

Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.???

Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan  lagi “tamak haloba” kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan.

Dikesempatan ini saya mewakili guru-guru, kakitangan sokongan, para pelajar dan seluruh warga Pondok Bandar Hilir mengucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada ibubapa, waris-wairs pelajar, para dermawan dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan pengorbanan kepada Pondok Bandar Hilir sama ada secara langsung arau tidak langsung. Hanya ALLAH SWT  yang mampu membalas segala budi baik dan luhur hati tuan/ puan terhadap kami di sini.

Sekian, terima kasih.

USTAZ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB, PJK.
Pengetua Pondok Bandar Hilir,
08200 Sik, Kedah Darul Aman.

2011-08-24

AKHIR RAMADAN

 السلام عليكم  ورحمة الله  وبركاته 
semoga  semua masih lagi kuat menuntut kelebihan ramadan yang disediakan  Allah  kepada ummatnya  terutamanya sepuluh malam terakhir  ini ,maaf la  banyak artekal  tak sempat saya tulis disini terutama tentang fadhilat ,amalan dan yang berkaitan malam lailatul  qadar  walaupun benda tu dah ada ,tapi nak buat macamna  malam-malam  terakhir macam  ni banyak sangat jemputan  untuk memberi tazkirah .Pada awalnya dok rancang malam yang akhir ni nak rehat kat mana-mana masjid nak usung  periuk belanga tikar bantal pi iktikaf .las sekali kena  layan  gak jemputan untuk bagi tazkirah  jadi bila balik pun  lewat ,tidur pun lewat lepas tu sahur pula lepas sahur program saya dah tetap lepas  subuh baca kitab sampai 8.30 pagi jadi tak dak masa nak ngadap ntang ni .

takirah 1
 Hadis Dari Jabir  r.a  Sabda Nabi saw :
Apabila akhir  ramadan menangis tujuh petala langit dan bumi dan segala malaikat kerana berlalu ramadan dan berlalu segala  kelebihanya dan ummatku berhadapan musibah bulan -bulan berikutnya .Maka sahabat bertanya apa musibah ya Rasulllah ..? sabdanya ialah  telah berlalu segala  kelebihanya iaitu doa padanya mustajab , sedekahnya diterima ,segala  kebajikan  dilipatganda ganjaranya ,siksa kubur  terangkat .maka tiada lah musibah yang terlebih besar daripada ini musibah .

قال رسوالله صلى الله  عليه وسلم
 نوم الصائم عبادة وصمته تسبيح وعمله مضاعف ودعاءوه مستجاب وذنبه مغفور 
maksudnya  tidur  orangyang berpuasa ialah  ibadah ,diamnya adalah tasbih ,amalanya pahala berlipat ganda,doa'nay mustajab dan dosanya diampun .

Maka kerana  itulah malaikat ,langit dan bumi yang tak diwajibkan  berpuasa pun  turut menangis mengenangkan  luputnya kelebihan -kelebihan  yang dihadiahkan  Allah untuk umat ini .sebaliknya ada dikalangan ummat itu sendiri gembira kerana berakhirnya ramadan boleh la makan seperti biasa ...???
Didalam kitab  jamu' fawaid dihikayatkan bahwa  seorang lelaki yang bernama Soleh bin Abdullah apabila  berpagi hari raya dia mengasingkan diri dari anak isterinya dan merantai tengkoknya dan  dituang dari atas kepala sehingga seluruh badannya .lalu orang ramai berkata  kepadanya pada  hari ini hari raya hari kesukaan ..? katanya  ya sememang aku tahu dan tetapi aku ini hamba ..telah menyuruh oleh tuhanku upaya aku mengerjakan amal sebanyaknya tetapi aku tidak tahu adakah amalan aku itu diterimanya atau tidak .Sedangkan Soleh diketika  itu duduk dibelakang musallah .orang ramai bertanya  lagi mengapa kamu tidak duduk  sekali dengan orang ramai dalam musalla ...? katanya aku datang ini kerana meminta rahmat dan ini lah tempat yang paling layak bagi orany yang meminta mudah-mudahan Allah menilik kepada kedaifakku lalu dia kasihan aku .
Nah ..betapa harapnya dia kepada keampunan  Illahi pada pagi  syawal yang shahdu...  
اللهم انك عفو كريم تحب  عفوا  فاعفو عنا 

" Dikata pad pihak ulama  hari raya orang mukmin  itu ialah  lima .
1. Berpagi-pagi ia seperti aidul fitri tiada  dicatat atasnya sebarag dosa .
2.Keluar seorang  dari dunia (mati) diatas  iman dan  syahadah dan terpelihara dari tipu daya syaitan .
3.Lalu atas  titian sirat dalam keadaan sentusa dari haru hara khiamat dan lepas daripada خصوم ( berlawan   kepayahan )hari kiamat .
4.Pada hari ia dimasukanya kedalam  syurga .
5.Pada hari  iadapat memandang wajah  tuhanya , maka ialah raya yang paling  besar .

Mudah-mudah kita akan mendapat keampunan dari tuhan dan doakan  segala amal ibdat kita sepanjang ramadan  diterima Allah ..amin 

   

2011-08-15

PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR LELAKI.




 Tapak asas pembinaan asrama pelajar lelaki.

Permintaan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu di sini memaksa pihak Pondok Bandar Hilir merancang untuk membina sebuah asrama khusus untuk pelajar lelaki. Anggaran kos untuk pembinaan asrama ini adalah dianggarkan berjumlah RM 100,000.00. Tapak asas pembinaan asrama ini sedang giat dijalankan. Ini adalah projek kedua yang mana Pondok Bandar Hilir juga merancang untuk membina surau dan asrama khusus untuk pelajar perempuan. Sumbangan anda semua amatlah diharapkan. Sumbanganan boleh dialamatkan kepada Tuan Pengetua pondok ataupun dimasukkan ke dalam akuan : 1520403622875 [May Bank] atau 02048010028139 [BIMB]. InsyaALLAH sumbanga anda akan diberkati ALLAH SWT.

Pembinaan Surau & Asrama Pelajar Puteri




 Gambar asrama lama yang telah dirobohkan dan di tapak inilah 
akan dibina semula surau dan asrama baru.



Pondok Bandar Hilir sedang merancang untuk membina sebuah surau dan asrama khusus untuk pelajar puteri. Asrama dan surau ini akan dibina di atas tapak asal asrama lama yang telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak selamat didiami. Sehubungan itu pihak kami amat mengharapkan dan mengalu-alukan sumbangan daripada muslimin muslimat sekalian. Kos pembinaan tersebut dianggarkan berjumlah RM 200,000.00. Sumbangan boleh dialamatkan terus kepada Tuan Pengetua atau pun dimasukkan ke akuan ; 152040362875 (May Bank) atau 02048010028139 (BIMB).

2011-08-10

fadzilat ramadan 2

Sabda Nabi SAW..

Sesiapa yang hadir pada majlis zikir dan ilmu pada bulan ramadan dituliskan setiap langkahnya ganjaran pahala setahun .Dan  pada hari khiamat sertaku dibawah naungan arasy .Barangsiapa yang mengekali sembahyang jamaah setiap waktu pada bulan ramadan dibinakan untuknya sebuah bandar yang serba mewah dan bersinar cermelang diakhirat nanti .Dan barangsiapa yang berbakti kepada kedua ibubapanya  pada bulan ramadan  niscaya  Allah akan menilik rahmat kepadanya serta Allah berlemah lembut akan dia .Dan perempuan yang mencari keredaan suaminya pada bulan ramadan melainkan baginya  pahala seperti Maryam dan Asiah .Dan barangsiapa yang menunaikan satu hajat (keperluan ) saudaranya yang muslim pada bulan ramadan niscaya Allah akan menunaikan beribu -ribu hajatnya .

saudaraku dan diriku sendiri sempena bulan ramadan yang sudah 10 hari meninggalkan kita sementara masih berbaki marilah kita berazam dan bertekad untuk menghadiri majlis ilmu pada bulan yang berkat ini .sama-sama kita tunaikan solat berjamaah dimana juga kita berada .janganlah abai tanggunjawab kita tetapi tingkatkanlah peliharaan kita  pada ibu bapa  samada yang sudah pergi dahulu meninggalkan kita dengan membanyak membaca zikir tahlil dan al quran hadiah untuknya atau dengan apa juga khidmat bakti kepada keduanya .Tidak lupa pula kepada para isteri yang sentiasa sibuk didapur atau sedang berkerja penuhilah kehendak suamimu agar sentiasa mendapat keredaanya dan keredaan Allah Azzawajallah .Akhirnya berilah sedekah kepada fakir miskin ,anak yatim  ibu tunggal dan kepada siapa juga yang memerlukan bantuan dari kita semua agar kita dapat merebut bonus pahala berlipat ganda daripada Subhanahu Wataala pada bulan yang berkat ini. .. selamat berpuasa .



2011-08-09

PROGRAM IHYA' DAN PAKEJ RAMADAN 1432

Ust Ismail mengetuai Majlis Tilawah Al Quran & Zikir Tahlil
 Solat Sunat Tarawih Berjamaah 
 
  
Para Pelajar Sedang Mengikuti Kuliah

2011-08-06

Peserta Pakej Ramadan warga emas  Singapore baru sampai berbual  dirumah Ustaz Ismail .

KELEBIHAN RAMADAN

Tersebut didalam kitab Zahratul Riyad bahawa martabat puasa itu terbahagi kepada tiga  peringkat 
pertama puasa orang awam  kedua  puasa khawas dan ketiga puasa orang khawasul khawas 

Pertama Puasa orang yang awam : ialah menahan  perut dan faraj daripada kehendak hawa dan nafsu
Kedua Puasa orang yang khawas : ialah menahan seluruh anggotanya daripada hujung rambut sampai hujung kaki daripada dosa . 
Ketiga Puasa orang yang khwasul khawas : ialah puasa hati ,daripada  berfikir keduniaan ,kepentingan dunia seluruh fikiran dan  hatinya bertumpu kepada Allah semata-mata .hatinya bergantung penuh dan taqarub kepada Allah SWT.
Untuk mendapat kesempurnaan puasa orang yang khawas mesti memenuhi lima perkara , 
1.Menahan penglihatan daripada setiap yang dicela oleh syarak 
2.Menahan lidah daripada mengacum ,mengupat ,berdusta dan bersumpah palsu 
3.Menahan telinga daripada mendengar perkara-perkara yang dibenci 
4.Menahan seluruh anggota daripada perkara yang tidak dingini oleh syarak dan menahan perut daripada   
   memakan  yang syubhah .
5.Jangan membanyakan makanan yang halal ketika berbuka ,

2011-08-01

دعا هاري فرتام رمضان


افبيلا  مليهت  سئورغ  همبا  اكن سهاري  بولن رمضان  مك مموجي اكن الله سبحانه وتعالى  كمودين اي ممباج  سورة الفاتحه توجه كالي  نسجاي دعافيتكن  درفد ساكيت ماتا فد بوان ترسبوت 
 


سبدا نبى صلي الله عليه وسلم  افبيلا  اغكاو مليهت سهاري  رمضان  ( ارتيث هاري  فرتام  رمضان) باج  الله اكبر  تيكا كالي  
دان ممباج دعا 
ََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََالحِمدلله الذي خلقنى وخلقك وقدرلك  منازل وجعلك  اية للعالمين
دان ممباج دعا 
اللٌهم اهلٌه علينا بالاْمْنٍ والايمانٍِِِ والسلامةِ والاسلامِ ربٌِي وربٌك الله 

  نسجاي  الله اكن مراس  ممكَه  دغن اورغ  يغ ممباج  دعا  ترسبوت  دان  فرمانث باكي ملائكة هي ملائكة  هندقله كامو  منجادي  سقسي  بهوا  همباكو اين تله لفس  درفد نراكا
Daripada fazlilat do'a awal ramadhan  sebagai panduan kita  bersama , Semoga kita semua bermula  puasa dengan lebih sempurna serta doa yang memohon agar diberi  pertolongan dan keamanan daripada godaan  hawa nafsu yang menjadi duri dalam daging ketika melaksanakan ibadah  puasa  .Sesungguhnya ramadan  yang menjelang adalah hadiah  yang sangat istimewa .kerana  bermulalah sekolah atau kem  tazkiyatu nafsi ( Pembersihan Jiwa)dalam kerangka membetuk fitrah menuju kehadirat ilahi sempena ramadan.

Sebahagian  daripada  kelebihan atau keistimewaan ramadan 

Daripada Abu Hurairah r.a Sabda Nabi SAW : di kurniakan  lima  perkara kepada umatku yang tidak diberi kepada umat sebelumku .
  1. Berubah bahuan mulut  orang yang berpuasa  terlebih wangi dariapda kasturi disisi Allah 
  2. Firman Allah "Syurgaku berikan  kepada hambaku yang soleh dan aku padakan ( menjamin) 
      belanjanya dan sakitnya .maksudnya  segala nikmat syurga adalah free dan tiada ada sebarang
      kesakitan padanya  .
 3.  Diampunkan pada setiap akhir malamnya .sahabat bertanya ya Rasullah yaitu malam lailatul 
      qadar ka ? Sabda Nabi "Orang yang berkerja sungguhnya disempurnakan upahnya apabila 
      selesai . Ertinya segala amalan sembahyang ,taubat dan dll yang dibuat malam itu terus  
      diberikan  pahalanya malam itu juga .
 4.  Sabda Nabi dalam  hadis Qudsi " tiap-tiap amalan kebajikan Allah balaskan pahanya adakala 
     digandakan sehingga  sepuluh kaliganda dan ada sehingga  tujuh puluh kaliganda , adapun 
     puasa tidak terhingga kerana Allah sendiri akan menyempurnakanya .  
 5. Dua Kesukaan bagi orang yang berpuasa  pertama ketika berbuka dan ketika bertemu tuhanya
     pada hari qiamat

 

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger