HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2012-03-11

مجليس سمبوتن مولد الرسول فوندوق بندر هيلير سيك قدح 1433

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه اجمعين 
 اما بعد 
Pertama kalinya saya selaku khadam Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah .ingin merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pondok Bandar Hilir yang berlangsung meriah  pada 5 R.Rabiul Akhir 1433 yang lalu. Sambutan daripada lapisan masyarakat menggambarkan sokongan  padu yang tidak berbelah bahagi  kepada  sebuah institusi  agama seperti Pondok Bandar Hillir. Ini telah memberi suntikan  semangat untuk kami terus maju bersaing dengan institusi  Pendidikan yang mendapat bantuan daripada kerajaan .Walaupun sekolah ini dibina  secara persendirian tetapi sangat dekat di hati mereka yang cintakan ISLAM yang kasihkan kepada ilmu ,

     Masyarakat kampung yang berdekatan  dengan Pondok Bandar Hilir sejak daripada  awal penubuhan  telah memberi sokongan padu seperti kampung Bandar Hilir ,Kampung Sok ,Kampung Hujung Bandar, Charok Tok Uban, Kerawai, Teloi Tua, Kampung Baru Seri Bulan, kampung Tupai Batu Besar, Merbau Kudung dan kampung-kampung lain. Semuanya terlibat bermula daripada awal sehigga majlis berjalan dengan lancar .
  Apa yang uniknya kenduri Maulidur Rasul di Sekolah Pondok Bandar Hilir ini, mendapat kerjasama sepenuh daripda masyarakat sekeliling. Boleh dikatakan  kerja-kerja seperti menyembelih, memasak, hidangan, basuh pinggan mangkuk dan sebagainya dikendalikan oleh wakil-wakil darpada kampung yang disebutkan tadi .Mereka bertungkus lumus sejak selepas daripada mesyuarat pertama, menjalankan  kutipan  sumbangan sampailah memasak dan dihidangkan kepada  tetamu. Pihak Pondok menjadi tuan rumah yang setia dan memberi layanan kepada dif-dif jemputan yang datang .
  Kehadiran Tuan-tuan guru dan guru-guru dari sekolah-sekolah Pondok sekitar Sik dan Baling adalah bukti jalinan ukkhuwah yang kukuh  terjalin sejak sekian lama semakin kuat dan kukuh. Pondok Bandar Hilir tidak keseorangan dalam mempertahankan sistem pengajian Pondok tradisional yang diwarisi dari ilmuan ISLAM dan tokoh yang masyhur .

  Majlis Sambutan Maulid peringkat Pondok Bandar Hilir dipengerusikan oleh Penolong Kanan Ustaz Hj Allias Abdullah serta beberapa orang wakil kampung-kampung ternyata berjalan dengan lancar sekali .
  Bekas-bekas pelajar juga  turut hadir memberi sokongan disamping mereka mengambil peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawanyang sudah lama berpisah. Saya telah berfikir untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Bekas-Bekas Pelajar Pondok Bandar Hilir. Ini kerana setelah 20 tahun penubuhan sejak tahun 1992 sudah banyak pelajar keluaran Pondok Bandar Hilir yang telah berjaya di dalam pelbagai sektor perkerjaan .Begitu juga ada yang masih menuntut ilmu di universiti tempatan , KUIN dan ada juga yang lepasan Al Azhar yang telah memberi khidmatu Azminya disini. Majlis sambutan Maulid kali ini telah menjemput beberapa tokoh penting 1. Presiden TERAS Teras Keupayaan Melayu, Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman  yang mengantikan Ustaz Zulkifli Mutalib (Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pulau Pinag) kerana keuzuran. Walaupun tanpa kehadiran YB .Dato' Saifudin majlis tetap berjalan dengan lancar .Para penonton yang memenuhi lampangan pondok Bandar Hilir tidak berganjak kerana kupasan konsep wudu' dari Presiden Teras tetap memukau penonton . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger