HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2012-09-24

LIQA' ULAMA', VIDEO ROHINGYA & BANTAHAN FILEM HINA NABI

 Ucapan aluan daripada Ustaz Hj Ismail Mahmud (Mudir) diantara ucapan beliau, kehadiran semua pada malam ini sangat penting kerana telah menunjukkan sokongan yang tidak belah bahagi serta  kecintaan kita kepada junjugan nabi yang kita kasihi dan memberi amaran kepada mereka yang menghina nabi. Sejarah telah membuktikan sesiapa yang menghina nabi seperti Ka'ab bin Asyraf dan Musailamatul Kazab akhirnya terbunuh di dalam peperangan. Penghinaan terhadap Rasullulah dilakukan dengan pelbagai bentuk seperti tulisan Allah dan Muhammad ditelapak kasut dan dipakaian. Mungkin tindakan musuh Islam yang melampau ini kerana mereka beranggapan umat Islam tidak berani bertindak atau kerana umat Islam telah dilihat sangat lemah, oleh itu inilah masa yang paling sesuai untuk kita semua bersatu di atas satu kilamah Tauhid bagi mempertahankan Aqidah Islamiah dan musuh akan menjadi gerun .

  
 Orang ramai memenuhi dataran Pondok Bandar Hilir Sik


Ust Tarmizi dengan gaya santai berceramah sambil menayangkan video Rohingya

Kanak-kanak pun tidak ketiggalan menunjukkan kecintaan kepada Nabi
Ust Hj Ismail mengetuai pembakaran bendera Israel, Amerika

YB.Dato'Hj Yahya Abdullah (Adun Jeneri dan Ustaz Hj Zakaria Hj Ahmad di pentas utama .


Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Sulaiman (Penolong Setiausaha Mapin) berkisar tentang penindasan dan pembunuhan secara zalim terhadap ummat Islam rohingya oleh puak Rakhken siam budis ksususnya diArakkan  sehinga disaat ini belum lagi berhenti .Dan Ustaz Zakaria Hj Ahmad menekan tentang pendidikan terhadap anak-anak dan cinta rasul.  Jesteru kami mengajak seluruh jiwa yang mengaku islam dan yang mengucap dua kalimah syahadah wajib bangun menentang anasir-anasir yang menghina nabi dan juga mesti membaikot apa juga barangan dan putuskan hubungan dengan Amerika Israel .

SILA LAWATI FACEBOOK PONDOK BANDAR HILIR 
UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR 
YANG SEMPAT DIRAKAM.

2012-09-04

PEMBINAAN BILIK AIR PELAJAR LELAKI.


ASSALAMUALAIKUM.

Dengan hasrat untuk memberikan keselesaan kepada para pelajar, pihak pentadbiran Pondok Bandar Hilir kini sedang menyiapkan pembinaan sebuah bilik air baru untuk pelajar lelaki.  Jumlah kos keseluruhan projek ini adalah dianggarkan berjumlah RM 45,000.00 (Ringgit Malaysia; Empat Puluh Lima Ribu).
Sebanyak RM 15,000.00 (Ringgit Malaysia ; Lima belas ribu) telah dibelanjakan termasuk untuk kerja-kerja mengorek/ meratakan tanah, pembelian barangan, upah pekerja dan lain-lain.
Adalah dianggarkan sejumlah RM 30,000.00 (Ringgit Malaysia; Tiga puluh ribu) lagi diperlukan untuk menyiapkan pembinaan ini.
Sehubungan dengan itu, pihak Pondok Bandar Hilir amat mengalu-alu sumbangan tuan/ puan sekalian. Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Bank ISLAM seperti yang tertera dalam blog ini atau pun boleh menghubungi Pengetua di talian 013-4884814.
Sumbangan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. InsyaALLAH sumbangan tersebut akan diberkati ALLAH SWT.

TG Hj Ismail (Pengetua) sedang meninjau kerja-kerja mengorek / meratakankan tanah



Gambar Bawah ; Kerja-kerja pembinaan.


  





TERUSKAN SUMBANGAN INI ... SEIRING DENYUT NADI.

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger