HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2012-03-11

مجليس سمبوتن مولد الرسول فوندوق بندر هيلير سيك قدح 1433

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه اجمعين 
 اما بعد 
Pertama kalinya saya selaku khadam Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah .ingin merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pondok Bandar Hilir yang berlangsung meriah  pada 5 R.Rabiul Akhir 1433 yang lalu. Sambutan daripada lapisan masyarakat menggambarkan sokongan  padu yang tidak berbelah bahagi  kepada  sebuah institusi  agama seperti Pondok Bandar Hillir. Ini telah memberi suntikan  semangat untuk kami terus maju bersaing dengan institusi  Pendidikan yang mendapat bantuan daripada kerajaan .Walaupun sekolah ini dibina  secara persendirian tetapi sangat dekat di hati mereka yang cintakan ISLAM yang kasihkan kepada ilmu ,

     Masyarakat kampung yang berdekatan  dengan Pondok Bandar Hilir sejak daripada  awal penubuhan  telah memberi sokongan padu seperti kampung Bandar Hilir ,Kampung Sok ,Kampung Hujung Bandar, Charok Tok Uban, Kerawai, Teloi Tua, Kampung Baru Seri Bulan, kampung Tupai Batu Besar, Merbau Kudung dan kampung-kampung lain. Semuanya terlibat bermula daripada awal sehigga majlis berjalan dengan lancar .
  Apa yang uniknya kenduri Maulidur Rasul di Sekolah Pondok Bandar Hilir ini, mendapat kerjasama sepenuh daripda masyarakat sekeliling. Boleh dikatakan  kerja-kerja seperti menyembelih, memasak, hidangan, basuh pinggan mangkuk dan sebagainya dikendalikan oleh wakil-wakil darpada kampung yang disebutkan tadi .Mereka bertungkus lumus sejak selepas daripada mesyuarat pertama, menjalankan  kutipan  sumbangan sampailah memasak dan dihidangkan kepada  tetamu. Pihak Pondok menjadi tuan rumah yang setia dan memberi layanan kepada dif-dif jemputan yang datang .
  Kehadiran Tuan-tuan guru dan guru-guru dari sekolah-sekolah Pondok sekitar Sik dan Baling adalah bukti jalinan ukkhuwah yang kukuh  terjalin sejak sekian lama semakin kuat dan kukuh. Pondok Bandar Hilir tidak keseorangan dalam mempertahankan sistem pengajian Pondok tradisional yang diwarisi dari ilmuan ISLAM dan tokoh yang masyhur .

  Majlis Sambutan Maulid peringkat Pondok Bandar Hilir dipengerusikan oleh Penolong Kanan Ustaz Hj Allias Abdullah serta beberapa orang wakil kampung-kampung ternyata berjalan dengan lancar sekali .
  Bekas-bekas pelajar juga  turut hadir memberi sokongan disamping mereka mengambil peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawanyang sudah lama berpisah. Saya telah berfikir untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Bekas-Bekas Pelajar Pondok Bandar Hilir. Ini kerana setelah 20 tahun penubuhan sejak tahun 1992 sudah banyak pelajar keluaran Pondok Bandar Hilir yang telah berjaya di dalam pelbagai sektor perkerjaan .Begitu juga ada yang masih menuntut ilmu di universiti tempatan , KUIN dan ada juga yang lepasan Al Azhar yang telah memberi khidmatu Azminya disini. Majlis sambutan Maulid kali ini telah menjemput beberapa tokoh penting 1. Presiden TERAS Teras Keupayaan Melayu, Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman  yang mengantikan Ustaz Zulkifli Mutalib (Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pulau Pinag) kerana keuzuran. Walaupun tanpa kehadiran YB .Dato' Saifudin majlis tetap berjalan dengan lancar .Para penonton yang memenuhi lampangan pondok Bandar Hilir tidak berganjak kerana kupasan konsep wudu' dari Presiden Teras tetap memukau penonton . 

2012-03-10

MUHASABAH SELEPAS PERAYAAN MAULID RASUL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera salawat dan salam kepada junjugan nabi SWA serta sahabat dan ahli keluarganya .
hampir sebulan telah berlalu diseluruh dunia telah menyambut kelahiran junjungan  mulia dengan pelbagai acara dan sambutan diadakan .
  Berkata kiyai Hj Sirajudin Bin Abbas seorang ulama  yang sangat masyhur diIndonesia  didalam kitabnya MASAALAH AGAMA siri ketiga  cetakan kedua 1983
ada tiga golongan yang menyambut kelahiran Nabi
1.Golongan Asli - iaitu orang yang merayakan kelahiran Nabi pada setiap tahun pada bulan Rabiul awal dengan berzanji ,marhaban dan sesudah  itu berpidato sebagaimana lazimya .
2.Golongan separuh moden - iaitu merayakan maulid nabi pada tiap -tiap tahun tetapi tidak membaca berzanji ,marhaban tetapi hanya berpidato sahaja ...sampai lari tajuk .
3.Golongan extrem moden - iaitu tidak mengadakan maulid nabi sama sekali seperti di negara Arab Saudi bahkan menganggap bidaah pula .

Rasanya kita tidak perlu lagi pertikai tentang  boleh atau tidak mengadakan Maulid nabi .kerana setiap tahun kita juga menyambut Ulangtahun  kelahiran Raja dan anak-anak  kita sendiri yang kadangkala sampai belebihan dan bercampur dengan  acara-acara  yang tidak sepatutnya .
Tapi apa pun yang penting kita sama -sama dapat menyambut kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad SAW dan berlajar sirah kehidupan nabi ,betapa susahnya nabi menyampaikan islam kepada, kita ketekunan ,kesabaran dengan segala dugaan yang ditempuhi sehingga tegaknya Daulah Islamiah diMadinah Munawarah .
Jestru jadilah kita ummat yang dengar kata nabi ikut suruhanya meniggalkan yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya berjuang menegak syariat  yang ditinggalkanya .maka barulah Parayaan kita pada setiap tahun sangat bermakna dan perlu sambut pada tiap-tiap tahun.

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger