HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2019-09-24

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2020

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2020 KINI DIBUKA.
BOLEH DAPATKAN BORANG DI PELAJABAT SEKOLAH


2019-07-08

QURBAN PERDANA 1440 / 2019

Pihak pentadbiran Pondok Bandar Hilir Sik amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dalam program Qurban Perdana Tahun 1440 / 2019. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2019.
Kepada tuan/puan yang berminat sila nyatakan nama dan jumlah bahagian ke talian yang tertera dalam poster  iklan (Call, sms dan WahatsApp) dan masukan bayaran akaun yang tertera.


2019-03-13

RESOLUSI MUZAKARAH ULAMA PONDOK 2019

 RESOLUSI MUZAKARAH ULAMA PONDOK 2019 : TUAN GURU SYEIKH AHMAD      FAHMI ZAM ZAM BERSAMA TUAN2 GURU PONDOK HESA KEDAH
 
TARIKH : 11 MAC 2019 / 4 REJAB 1440H, HARI ISNIN
JAM : 9.00PAGI - 1.00PETANG
 
TEMPAT : MARKAZ TAKLIM WAT TARBIYYAH, PONDOK BANDAR HILIR, SIK, KEDAH
ANJURAN :  MAJLIS GURU PONDOK HESA KEDAH










1- Pendidikan Islam adalah penentu masa hadapan agama, ummah dan negara. Sementara Pendidikan Pondok berperanan mewujudkan 'Madinah Munawwarah Kecil' yang menjadi asas pembentukan masyarakat dan tunggak kekuatan ummah.
2-Tuan Guru Pondok adalah murabbi, amir, da'i serta qudwah hasanah kepada masyarakat, juga perlu memainkan peranan penting sebagai penjaga ketulinan ilmu turath, memelihara sistem sanad dan menguasai pelbagai bidang ilmu.
3- Manhaj Pondok yang berusia ratusan tahun terbukti berjaya melahirkan insan soleh perlu disepadu serta diarus perdanakan sehingga mendapat pengiktirafan setaraf institusi dan bidang pengajian lain.
4- Institusi masyarakat dan pondok ibarat isi dan kuku, saling perlu memerlukan, sokong menyokong antara satu sama lain. Gandingan tersebut perlu dijaga rapi, diperkukuh dengan ilmu dan khidmat yang saling melengkapi.
5-Pengukuhan dana, aktiviti menjana ekonomi pondok yang terancang perlu digerakkan secara bersama sebagai pemangkin kepada tadbir urus pondok, pembangunan fizikal, keceriaan, kebersihan dan menjamin wujudnya generasi pelapis yang mempertahankan sistem pondok.
6-Merintis usaha memperkenalkan konsep 'universiti pondok atau pondok universiti' sebagai satu wasilah untuk mengukuh ilmu mahasiswa dan generasi baru.
7-Majlis Guru Pondok perlu melipatgandakan usaha menyatukan suara Guru-guru Pondok, mengeratkan ukhuwah, saling lengkap melengkapi bidang ilmu yang dikuasai, sehingga menjadi satu dahan yang teguh untuk dipaut oleh ummah serta kekuatan yang padu bagi menongkah cabaran akhir zaman.

2019-03-05

Sumbangan Ramadhan 1440 (Majlis Tilawah Al Quran / Zikir Tahlil)


Sumbangan pada kadar RM 5.00 untuk satu nama si mati.

Sila hantar nama arwah si mati ke 

i) no 013-488414 [WhatsApp / SMS]
ii) Emel : attaalim93@gmail.com

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger