HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2013-01-29

CUTI PERSEKOLAHAN

ASSALAMUALAIKUM.

Adalah dimaklumkan pelajar Pondok Bandar Hilir akan bercuti mulai :-

7 Februari 2013 [Khamis] 
hingga 
11 Februari 2013 [Isnin]

Para waris boleh datang menjemput anak masing-masing pada  7 Februari 2013, jam 12.00 tengahari dan pastikan mereka kembali semula ke  Pondok Bandar Hilir pada 11 Februari 2013, tidak lewat dari jam 5.30 petang.

Sila hubungi :-
013-4884814 (Ust Hj Ismail)
013-4779113 (Ust Mohd Sufi)


2013-01-27

ASSALAMUALAIKUM.

ADALAH DIMAKLUMKAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2013 TELAH PUN DITUTUP.

HARAP MAKLUM.

2013-01-06

PENDAFTARAN SESI 2013

Sehari suntuk bermula  7.00 pagi sehingga  7.00 malam bermula selepas solat subuh berjamaah sudah ada waris yang bawa anak untuk didaftar masuk ke sekolah Pondok Bandar Hilir Sik ini. Semua guru-guru dan tenaga pengajar bertungkus lumus melayan para waris dan tetamu bagi meancarkan lagi hari pendaftaran sesi 2013. Pihak sekolah telah menyediakan  jamuan nasi gulai ayam kerana kebanyakan waris terpaksa menanti sehingga jam 5.00 petang baru selesai .

Hari ini sahaja seramai 100 orang pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk tanahair datang untuk belajar disini, ada dari Gerik Perak, ada dari Sungai Buluh Selangor ada dari Pahang tidak ketinggalan. Dari negeri Kedah sendiri yang mewakili beberapa kawasan seperti Sik, Baling, Kulim, Padang Serai dan lain-lain.
Ini menunjukan  sistem pengajian  Pondok telah berjaya menambat hari ibu bapa dan masyarakat untuk berjinak-jinak dengan pengajian  pondok. Alhamdulilah perkembngan amat menggalakan.
Terima kasih di atas sokongan semua pihak.

 



Sebahagian gambar untuk tatapan semua.
Sila sertai kami di Facebook untuk gambar-gambar lain yang sempat dirakam.


Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger