PENDAFTRAN / TEMUDUGA SESI 2018

اهلاً وسهلاً ومرحباً بكم

table> widgeo.net

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : o13 4884814, Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Mahmud (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 0204 801002 8139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

2012-04-24

PERJUMPAAN WARIS dan WARGA PBH

Setinggi-tinggi kesyukuran pihak PBH panjatkan kehadrat ALLAH SWT, majlis perjumpaan yang dirancang berjaya diadakan dengan kehadiran yang menggalakkan daripada kalangan para waris.
Pihak PBH mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih di atas kesudian para waris memenuhi jemputan. Ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam majlis ini.

Ust Hj Allias (Pen. Kanan) sedang berucap

Ucapan Penggulungan oleh Mudir

Salah seorang waris sedang mengemukakan pendapat

Secara keseluruhannya majlis ini berjaya dan berjalan lancar. Para waris dan warga PBH sama-sama bertekad untuk berusaha demi kemajuan PBH dan para pelajarnya. Semoga usaha-usaha ini mendapat bantuan daripada ALLAH SWT.

Sila layari Facebook PBH untuk melihat lebih banyak gambar yang sempat dirakam.

2012-04-10

TAZKIRAH 1

SIANG BEKERJA  UNTUK MAJIKAN 
MALAM BEKERJA  UNTUK TUAN MAJIKAN
   

       Kita manusia perlu menyedari bahawa hidup  di atas muka bumi ini hanya sebagai orang  yang menumpang singgah di tanah orang sahaja. Berapa lama kita akan hidup di dunia  ini juga telah ditetapkan tarikhnya, harinya,  jamya dan saatnya, begitu juga berapa  banyak rezeki  makan minum yang bakal diperolehi. Rezeki berumahtangga termasuk anak isteri, harta, pakaian semuanya  jumlah itu telah  ditulis oleh malaikat  KIRAMAN KATIBIN. Seseorang itu jadi bahagiakah dia, celakakah dia telah ditulis diazali lagi.  Pendek kata semuanya sudah compleks dengan apa yang TUHAN sudah gezetkan diazali lagi sebelum diutuskan kita hidup di dunia yang fana   ini, cuma kita menyelusuri hidup dengan apa yang telah ditetapkan dalam ilmullah. Bagaimanapun ada petanda seseorang itu baik atau celaka iaitu terjemahan hidupanya menggambarkan apa yang tetapkan diazali kerana itu jika kita yang merasa diri baik belum tentu lagi baik. Seseorang yang nampak jahat jangan dihukum dia jahat lagi sebab semua kelakuan akan diambil kira pada hujung jatuhnya, bukan sekarang ...!!!. Bagi memperingati manusia semua ini maka Allah dengan rahmat dan rahim-NYA telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul bagi menceritakan  segala-galanya. Oleh itu kita jangan lupa tugas  sebagai seorang hamba abdi kepada tuanya iaitu ALLAH SWT yang maha mencipta,  jangan sekali-sekali lupa dan  ingkar  denga-NYA. Setiap nadi jantung yang berdenyut  sejak baru lahir ke dunia sehingga mati  DIAlah yang mentadbir dan  mengatur  supaya tidak terhenti. Fikirkan apa terjadi jika dua minit saja jantung tidak berdenyut ???  Allahhuakbar......, Oleh itu buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang kerana apa ?,  kerana kita hanyalah seorang kuli saja, menumpang di tanah orang minta belas kasihan daripada TUHAN  yang Maha Rahim, minta  rezeki dari TUHAN yang MahaPemurah .
  Tersebut sebuah kisah dalam kitab "Majmuk Fawaid" karangan Sheikh Daud Ibnu Sheikh Abdullah Al Fatani Rahimahullah bahawa seorang majikan telah membeli seorang hamba dan berkata hamba itu kepada tuanya "hai penghuluku jika aku bersama engkau ada tiga  syarat yang perlu engkau dipatuhi" :-  .
  1.Kamu jangan  tegah aku daripada menunaikan sembahyang fardu lima waktu apabila masuk waktunya .
  2.Kalau di siang hari, aku akan buat apa sahaja yang kamu suruh, cuma jangan menggangu  malamku .
  3.Kamu carikan kepadaku suatu bilik ,yang tidak boleh sesiapa pun masuk kedalamnya kecuali aku   seorang sahaja .

kemudian berkata majikan itu, "baiklah aku terima semua ini ,kerana  itu senang sahaja,j adi kamu pergilah ke dalam  rumahku pilihlah bilik mana-mana bilik  yang kamu suka".  Lalu hamba tadi berjalan mengelilingi rumah penghuluannya, tiba-tiba ia terjumpa sebuah pondok buruk yang hampir roboh maka katanya "ini lah yang aku pilih", kata penghulunya adakah ini yang kamu pilih ..? Masya ALLAH. Katanya  "aku tidak kisah",  bagi  hamba dan  TUHANnya rumah sebegini baginya laksana sebuah kebun yang cukup indah. Selepas  itu  berkhidmatlah hamba ini  seperti biasa mengikut syarat yang telah dipersetujui bersama .

Pada suatu hari  majikan itu  mengadakan satu majlis  jamuan serta hiburan dan dijemputnya sahabat dan taulanya datang beramai-ramai, Selepas tengah malam semua tetamu pulang kerumah masing-masing, majikan tadi mengambil kesempatan  untuk melihat apa yang hambanya buat waktu tengah malam  begini, apabila sampai saja di pondok buruk hambanya, alangkah  terkejutnya tiba-tiba.didapati pondok buruk itu cukup cantik dan diterangi dengan cahaya nur yang terang benderang pada hal hambanya sedang sujud dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada ILAHI, di atas atapnya tergantung kandil (Pelita) yang cerah daripada langit , sambil bermunajat ia berkata " wahai TUHANku telah engkau perwajibkan atasku hak penghuluku dan aku berkhidmat kepadanya pada siang harinya jikalau tidak kerana hak aku atasnya niscaya aku akan abdikan seluruh jiwa kepada mu wahai TUHANku ampunlah daku.." .Peristiwa  tersebut diperhatikan oleh penghulunya dengan penuh minat hinggalah sampai waktu subuh, lalu pondok buruknya jadi seperti asal balik dan semua lampu-lampu yang menyinari turut terpadam. Esoknya penghulu itu memberi tahu kepada isterinya tentang apa yang dilihatnya dan pada keesokan malamnya  dia membawa isterinya sekali melihat sendiri apa yang dilihatnya. Isterinya juga tiba-tiba sangat terkejut dan menangis kagum dengan apa yang dilihatnya depan mata sendiri. Selepas subuh berkata kedua-duanya kepada hambanya " Wahai hambaku pada hari ini bebaslah kamu daripada kami dengan wajhillah, tumpulah  seluruh jiwamu kepada ibadah  TUHAN  kamu dan kami telah melihat perkara  yang sangat ajaib yang berlaku  terhadap kamu.Lalu berkata hamba itu sambil menganggkat kedua-dua belah tanganya seraya berkata "wahai yang mempunyai SIR (rahsia ke-TUHANan) bahawasanya  telah nyata sir ini kepada orang lain, oleh itu aku tidak mahu lagi hidup kerana manusia akan bermegah dengan kehebatanku dan karamahku, aku bermohon agar ENGKAU sembunyikan  sir ini, jika tidak ENGKAU ambilah nyawa hamba-MU ini. Lantas dia menundukkan kepalanya lalu menghembus nafasnya terakhir.

Renugan .. saudaraku dan diriku...!! adakah kita  telah bahagikan dua masa  ini iaitu pada siang hari untuk majikan dan diri kita anak isteri sendiri dan satu lagi sebelah malam  untuk "tuan"  yang telah memelihara kita, menjadikan kita, majikan kita hidup di dunia ini. Bermula selepas maghrib dengan solat berjemaah dan disusuli pula dengan kuliah ilmu bagi menambah dan memantapkan ilmu, iman dan ehsan serta diikuti pula  solat
Isya' secara berjamaah, selepas  itu berhenti rehat sekejap sebelum tidur membaca satu juzu,' al-quran dan pada malamnya bangkit solat taubat, tahajjut dengan pelbagai zikirullah munajat kepada TUHAN. inilah yang paling ringkas ...sama-samalah bermuhasabah .. biaunillah .



 

2012-04-09

PERJUMPAAN WARIS BERSAMA GURU-GURU PBH

ASSALAMUALAIKUM.

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARIS PELAJAR PONDOK BANDAR HILIR, MAJLIS PERJUMPAAN TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA :-

Tarikh : 19 April 2012 (Khamis)

Jam     : 8.30 pagi.

Tempa : Pusat Pengajian Islam,

              Pondok Bandar Hilir,

              08200 Sik, Kedah.

Semua waris dijemput hadir.