HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-12-30

PEMBINAAN ASRAMA LELAKI ... rayu sumbangan

Sambutan terhadap Pondok Bandar Hilir (PBH) amat memberangsangkan. Dengan penempatan yang sedia ada (pondok) sudah tidak mampu menampung kepadatan pelajar,  maka pihak pentadbiran PBH mengambil keputusan untuk membina sebuah asrama khusus untuk pelajar lelaki. Pembinaan yang dimulakan pada September 2011 yang lalu kini sedang rancak berjalan. Semua ini adalah hasil sumbangan para dermawan yang ikhlas membantu. 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam untuk tatapan semua.

Gambar di bawah ini dirakam pada Oktober 2011.
 



Kini kerja-kerja pembinaan sedang rancak berjalan. 


Gambar di bawah dirakam pada Disember 2011.



Pihak PBH amat berterima kasih kepada para penyumbang dan berdoa semoga sumbangan ini diberkati ALLAH SWT. Walaubagaimana pun pihak PBH masih memerlukan lagi sumbangan untuk menyempurnakan pembinaan ini termasuk untuk membeli kelengkapan asrama seperti katil, tilam, almari dan lain-lain lagi. Pihak PBH menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu merealisasikan hasrat murni ini. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun yang tertera dalam blog ini ataupun dialamatkan kepada Tuan Pengetua PBH. Insya ALLAH sumbangan tuan/puan akan dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang gigih meninggikan kalimah ALLAH Yang Mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger