السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه اجمعين
اما بعد
Pertama kalinya saya selaku khadam Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah .ingin merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pondok Bandar Hilir yang berlangsung meriah pada 5 R.Rabiul Akhir 1433 yang lalu. Sambutan daripada lapisan masyarakat menggambarkan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada sebuah institusi agama seperti Pondok Bandar Hillir. Ini telah memberi suntikan semangat untuk kami terus maju bersaing dengan institusi Pendidikan yang mendapat bantuan daripada kerajaan .Walaupun sekolah ini dibina secara persendirian tetapi sangat dekat di hati mereka yang cintakan ISLAM yang kasihkan kepada ilmu ,
Masyarakat kampung yang berdekatan dengan Pondok Bandar Hilir sejak daripada awal penubuhan telah memberi sokongan padu seperti kampung Bandar Hilir ,Kampung Sok ,Kampung Hujung Bandar, Charok Tok Uban, Kerawai, Teloi Tua, Kampung Baru Seri Bulan, kampung Tupai Batu Besar, Merbau Kudung dan kampung-kampung lain. Semuanya terlibat bermula daripada awal sehigga majlis berjalan dengan lancar .
Apa yang uniknya kenduri Maulidur Rasul di Sekolah Pondok Bandar Hilir ini, mendapat kerjasama sepenuh daripda masyarakat sekeliling. Boleh dikatakan kerja-kerja seperti menyembelih, memasak, hidangan, basuh pinggan mangkuk dan sebagainya dikendalikan oleh wakil-wakil darpada kampung yang disebutkan tadi .Mereka bertungkus lumus sejak selepas daripada mesyuarat pertama, menjalankan kutipan sumbangan sampailah memasak dan dihidangkan kepada tetamu. Pihak Pondok menjadi tuan rumah yang setia dan memberi layanan kepada dif-dif jemputan yang datang .
Kehadiran Tuan-tuan guru dan guru-guru dari sekolah-sekolah Pondok sekitar Sik dan Baling adalah bukti jalinan ukkhuwah yang kukuh terjalin sejak sekian lama semakin kuat dan kukuh. Pondok Bandar Hilir tidak keseorangan dalam mempertahankan sistem pengajian Pondok tradisional yang diwarisi dari ilmuan ISLAM dan tokoh yang masyhur .
Majlis Sambutan Maulid peringkat Pondok Bandar Hilir dipengerusikan oleh Penolong Kanan Ustaz Hj Allias Abdullah serta beberapa orang wakil kampung-kampung ternyata berjalan dengan lancar sekali .
Bekas-bekas pelajar juga turut hadir memberi sokongan disamping mereka mengambil peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawanyang sudah lama berpisah. Saya telah berfikir untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Bekas-Bekas Pelajar Pondok Bandar Hilir. Ini kerana setelah 20 tahun penubuhan sejak tahun 1992 sudah banyak pelajar keluaran Pondok Bandar Hilir yang telah berjaya di dalam pelbagai sektor perkerjaan .Begitu juga ada yang masih menuntut ilmu di universiti tempatan , KUIN dan ada juga yang lepasan Al Azhar yang telah memberi khidmatu Azminya disini. Majlis sambutan Maulid kali ini telah menjemput beberapa tokoh penting 1. Presiden TERAS Teras Keupayaan Melayu, Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mengantikan Ustaz Zulkifli Mutalib (Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pulau Pinag) kerana keuzuran. Walaupun tanpa kehadiran YB .Dato' Saifudin majlis tetap berjalan dengan lancar .Para penonton yang memenuhi lampangan pondok Bandar Hilir tidak berganjak kerana kupasan konsep wudu' dari Presiden Teras tetap memukau penonton .