Sehari suntuk bermula 7.00 pagi sehingga 7.00 malam bermula selepas solat subuh berjamaah sudah ada waris yang bawa anak untuk didaftar masuk ke sekolah Pondok Bandar Hilir Sik ini. Semua guru-guru dan tenaga pengajar bertungkus lumus melayan para waris dan tetamu bagi meancarkan lagi hari pendaftaran sesi 2013. Pihak sekolah telah menyediakan jamuan nasi gulai ayam kerana kebanyakan waris terpaksa menanti sehingga jam 5.00 petang baru selesai .
Hari ini sahaja seramai 100 orang pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk tanahair datang untuk belajar disini, ada dari Gerik Perak, ada dari Sungai Buluh Selangor ada dari Pahang tidak ketinggalan. Dari negeri Kedah sendiri yang mewakili beberapa kawasan seperti Sik, Baling, Kulim, Padang Serai dan lain-lain.
Ini menunjukan sistem pengajian Pondok telah berjaya menambat hari ibu bapa dan masyarakat untuk berjinak-jinak dengan pengajian pondok. Alhamdulilah perkembngan amat menggalakan.
Terima kasih di atas sokongan semua pihak.
Terima kasih di atas sokongan semua pihak.
Sebahagian gambar untuk tatapan semua.
Sila sertai kami di Facebook untuk gambar-gambar lain yang sempat dirakam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan