السلام عليكم ورحمة الله
Seperti kelaziman setiap tahun, pihak Pondok Bandar Hilir akan mengadakan Majlis Tilawah Al Quran dan Zikir Tahlil kepada para arwah disepanjang bulan Ramadhan akan datang.
Pihak PBH amat mengalu-alukan penyertaan tuan/ puan dengan cara menyumbang untuk majis tersebut dengan kadar RM 5.00 untuk setiap seorang nama arwah.
Majlis Tilawah Al Quran dan Zikir Tahlil tersebut akan disempurnakan oleh 40 orang qari dan qariah terpilih dengan tahlil sebanyak empat kali sehari dan pembacaan Al Quran 40 juzuk setiap malam sehingga ke penghujung Ramadhan yang mana pahala dari pembacaan ini akan dihadiahkan kepada para arwah.
Sabda Nabi Muhammad SAW :-
وَالّذِي بَعَثَنِي بِاالْحَقَّ نَبِيًّا مَنْ رَزَقَهُ اللهُ مَالاً ثُمَّ
بَرَّ وَالِيْدِيْهِ
إِلاَّ كَانَ مَعِيْ فِي اْلجَنًّةِ
Maksudnya ; Demi TUHAN yang mengutuskan aku menjadi Nabi dengan kebenaran, sesiapa yang ALLAH kurniakan kepadanya rezeki kemudian ia membuat kebajikan (pahala) kepada kedua-dua ibubapanya melainkan ia bersama-sama aku di dalam Syurga. "
Untuk menyertainya, sila muat turun (download) borang penyertaan di sini, cetak, isi dan poskan borang tersebut ke Pondok Bandar Hilir bersama sumbangan. Borang penyertaan boleh difotostat.
Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun BIMB 02-048-02-003930-2
PBH mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang/peserta, hanya ALLAH SWT sahaja yang akan membalas budi baik
tuan/puan semua terhadap PBH. INSYA ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan