Gambar asrama lama yang telah dirobohkan dan di tapak inilah
akan dibina semula surau dan asrama baru.
Pondok Bandar Hilir sedang merancang untuk membina sebuah surau dan asrama khusus untuk pelajar puteri. Asrama dan surau ini akan dibina di atas tapak asal asrama lama yang telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak selamat didiami. Sehubungan itu pihak kami amat mengharapkan dan mengalu-alukan sumbangan daripada muslimin muslimat sekalian. Kos pembinaan tersebut dianggarkan berjumlah RM 200,000.00. Sumbangan boleh dialamatkan terus kepada Tuan Pengetua atau pun dimasukkan ke akuan ; 152040362875 (May Bank) atau 02048010028139 (BIMB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan