السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
kepada semua pencinta Islam.
اهلا وسهلا يا مرحبا شهر المبارك سآ تينا
Ramadan Menjelang lagi..
Salawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan Ahli Keluarga Baginda dan Para Sahabat Attahiri Ajmaein.
Beberapa hari lagi seluruh umat Islam sedunia akan menyambut Ramadhan Almubarak .Bulan yang penuh keberkatan ,bulan keampunan , bulan rahmat ,bulan amal ibadat .Pendek kata segala kemuliaan ,keagungan ada didalam bulan ini yang tak terhingga banyaknya . Bagi hamba yang soleh dan beriman mereka menunggu ketibaanya dengan senyuman dan tangisan kerana terlalu gembira dengan kedatangan Ramadan .
Pada kesempatan ini saya selaku khadam Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik Kedah . Ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak " kepada semua muslimin -muslimat .Semoga Allah memberi kekuatan taufik dan hidayah kepada kita semua dan memberi kesihatan yang baik agar kita dapat berbuat amal soleh sempena ramadan yang akan tiba .
Sesungguhnya peluang ramadan sebulan yang dihidangkan nanti ,adalah masa yang sangat berharga yang tidak ada tolak bandingya dengan bulan-bulan yang lain . Inilah kesempatan yang sangat baik untuk kita bermuhasabah ,beribadat dengan tekun ,membaca Al Quran sebanyak-banyaknya , berilah kesempatan dan luangkan masa untuk diri kita sendiri , Setelah sebelas bulan dihabiskan untuk kepentingan kerjaya kita dalam semua lampangan .Kita telah mengerah tenaga ,wang ringgit dan masa yang begitu banyak bagi mencapai impian kita ,untuk kewajipan rumahtangga kita dan untuk semuanya .Sekarang tibalah masa kita kurbankan harta benda ,wang ringgit dan juga masa bagi takarub kepada Allah tuan empunya diri kita ,tuan seluruh alam . Dalam sebulan yang diperuntukan ini .Maka jangan kita lupa kepada mereka yang memerlukan ,mereka yang yang telah berjuang untuk jalan Allah ,Seperti orang miskin ,anak yatim ,ibu tunggal .Juga kepada Institusi Pengajian Islam Persendirian yang berkorban dengan jiwa yang ikhlas memberi pelajaran islam ,menanam aqidah yang suci untuk anak bangsa , agama dan negara .
Dalam kesempatan ini saya mengambil peluang dan memberi ruang kepada muslimin muslimin untuk beramal jariah kepada sekolah saya .yang memerlukan sumbangan berbuka ,moreh dan bersahur kepada pelajar dan guru -guru saya lebih kurang 230 orang yang mengajar dan belajar membaca tilawah Al quran ,zikrullah sepanjang ramadan disini . Anggaran kos RM 24,078.00 sebulan .
Kepada sesiapa yang ingin beramal jariah boleh masukan terus kedalam Akaun
Bank Islam atas nama PUSAT PENGAJIAN ISLAM No : 020480 10028139
MAYBANK atas nama ISMAIL BIN MAHMUD@YAAKOB No: 152040362875.
Atas sumbangan anda dan sokongan anda saya merasakan suatu amanah yang wajib dipikul dengan sebaiknya moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua ... sekian terima kasih
PENGETUA
Ustaz Ismail Hj Mahmud PJK .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan