السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera kepada muslimin muslimat dan tuan-puan yang mengenali diri saya dan Istititusi Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik .terlebih dahulu mohon maaf kepada semua kerana maklumat ini sebagai tambahan atau pun munkin ada yang sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir ini . .Saya paparkan disini adalah sebagai makluman dan pengetahuan semua .
Latar belakang Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik.Mula ditubuhkan pada awal 1992 atau bulan Mei 1993 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ayahanda Syaikei Tuan Guru Hj Salleh Musa Mudir Madrasah Rahmaniah Pondok Pekan Sik juga selaku Penasihat bersama dengan Ustaz Hj Hamzah Bekas Adun Jeneri . Jauh lebih kurang km 12 dari pekan Sik .
Alhamdulilah Pengasas Pondok Bandar Hilir iaitu Tuan Guru Hj Abu Bakar Ibrahim (Bapa Mertua saya) selepas menjalani tarbiah ruhiyyyah dan jasmani didalam tahanan ISA selama dua tahun di Kem Kemunting Perak bermula 1988 sehingga 1990 ,Beliau bertekad untuk mendirikan sebuah Sekolah Pondok bagi meneruskan kesinambung pengajianya selama 20 tahun bersama Al-Alamah Syaikei Tuan Guru Hj Omar Zuhdi Salleh Pondok Lanai .Baling Kedah .
Hasil kerjasama orang kampung Bandar Hilir dan kampung sekitar kawasan Sik ,serta dibantu oleh kawan-kawanya dan murid-muridnya akhirnya tanah pusaka peninggalan Hj Saman Dogol (Mertuanya) seluas 6 relong dapat dibeli dengan harga 60,00000( Enam Puluh Ribu Ringit sahaja ) dan sebuah bangunan dua tingkat dapat didirikan .Bangunan ini dijadikan bangunan utama bagi menempatkan surau ,pejabat dan bilik darjah .Pelajar waktu itu hanya sekitar 60 orang terdiri anak-anak kampung tempatan yang mula belajar daripada kelas akdadi (persediaan ) sehingga dua thanawi .
Selepas hampir 20 tahun Pusat Pengajian Islam ini diasaskan alhamdulilah kemajuan dan pembangunanya pesat membangun .Hingga sekarang jika dikira infasuktur dan pasarana yang ada ,termasuk bangunan sekolah , asrama penempatan pelajar sudah menjegkau 5 juta (Nilai Jabatan Bomba selepas kebakaran 2007)dan bilangan murid semakin hari semakin bertambah.Bancian awal januari 2011 ialah 220 orang murid . Dan 16 orang kakitangan.disegi pencapaian murid ada yang sudah menjadi guru ,2 orang menyambung pelajaran keMesir ,diJakarta,Yamen dan 3 orang di Insaniah KUIN dan di Universiti Islam Selangor dan yang terus mendalami pengajian Pondok di Patani dan Kelantan dan yang sedang mengambil SPM STAM .soalnya macamana disini tak ada SPM STAM tapi boleh pergi merata-rata ..?jadi kalau ilmu disini dah mantap semua pelajaran mereka dah lalui maka ambil STAM SPM dimana pun boleh lepas tu pi la mana kamu pergi .
Pengajian Sistem Sekolah Pondok sehingga empat thanawi ini masih mengekalkan kurikulom Makkiyah zaman ulama-ulama nasuntara yang menceduk ilmu ditiang-tiang masjiduharam dari ulama yang muktabar ,iaitu sistem hafazan ilmu alat atau tatabahasa arab melalui matan-matan dan kalam syae'r seperti nahu kitab ajurumiah ,matan bina dan alfiah begitu juga dengan fekah tauhid dan sebagainya .melalui sistem ini murid akan melalui setiap mata pelajaran secara harfiah dari kulit kekulit sehingga habis pelajaran yang dipelajari dihadapan guru .Pelajaran al-quran ,nahu ,sorof ,fekah ,tauhid dan tasauf selain bahasa arab sendiri sangat dititik beratkan .Kebanyakan kitabnya dalam bahasa arab dan jawi lama yang sangat unik dan mendalam .
Pernah orang bertanya saya ustaz mengapa tidak ditukar sahaja pelajaran Pondok kepada selibus yang lebih terkini ada SMRA ,STAM SPM ..? lebih menjamin masa depan anak-anak kita .? pantas saya menjawab sekolah arab yang macam tu dah banyak diMalaysia ni .Sekolah seperti saya ini lebih mementingkan ilmu , penghayatanya dan keberkatanya .Maksudnya apa yang kamu belajar mesti beramal ,tandanya kebanyakan pelajarnya sentiasa berkupiah lebai dan kain pelikat dimana saja mereka pergi ,tak kan gamak nak pi panggung wayang atau konset dengan pakaian surau ?ditangan depa biji tasbih dan sugi ..Tidak sesperti sekolah yang lain ilmunya untuk lulus peperiksaan sahaja. betul kan.ilmuya untuk dapat kerja sahaja .kalau tak dapat kerja dia sebenarnya sistem pelajaran sekarang sudah lari dari falsafah dan disiplin ilmu itu sendiri .ilmu yang lebih pentingkan pasaran kerja kerana itu belajar untuk dapat banyak A.bukan lagi untuk nak sebarkan ilmu jadi pendakwah yang ikhlas ,beriltizam dengan ilmu seterusnya dapat amalkan ilmu ang dipelajari ..satu lagi kalau ditakdirkan sekolah seperti ini tidak ada .. kitab jawi ,arab siapa nak baca ,tengok saja disurau-surau negara sejak dari dulu sehingga sekarang pengukuhan akidah yang disemai oleh ulama kita dan penghatan ilmu adalah melalui kitab-kitab jawi dan arab .
dan inilah jasa peninggalan ulama kita diseluruh negara yang pernah berkhidmat mencurahkan ilmu tanpa balasan dan gaji .tetapi dapat melahirkan ummat yang kuat aqidahnya ,kuat islamnya serta iltizamya dengan ilmunya .maka jadilah mereka ummat yang dihormati .
berikutnya saya akan ulas mengapa sistem pengajian pondok perlu dipertahankan..
berikutnya saya akan ulas mengapa sistem pengajian pondok perlu dipertahankan..