HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-08-28

PERUTUSAN EIDULFITRI

السلام عليكم ورمة الله

Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT.

1 Sayawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan “fitrah” (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.

Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.???

Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan  lagi “tamak haloba” kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan.

Dikesempatan ini saya mewakili guru-guru, kakitangan sokongan, para pelajar dan seluruh warga Pondok Bandar Hilir mengucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada ibubapa, waris-wairs pelajar, para dermawan dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan pengorbanan kepada Pondok Bandar Hilir sama ada secara langsung arau tidak langsung. Hanya ALLAH SWT  yang mampu membalas segala budi baik dan luhur hati tuan/ puan terhadap kami di sini.

Sekian, terima kasih.

USTAZ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB, PJK.
Pengetua Pondok Bandar Hilir,
08200 Sik, Kedah Darul Aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger