HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-08-10

fadzilat ramadan 2

Sabda Nabi SAW..

Sesiapa yang hadir pada majlis zikir dan ilmu pada bulan ramadan dituliskan setiap langkahnya ganjaran pahala setahun .Dan  pada hari khiamat sertaku dibawah naungan arasy .Barangsiapa yang mengekali sembahyang jamaah setiap waktu pada bulan ramadan dibinakan untuknya sebuah bandar yang serba mewah dan bersinar cermelang diakhirat nanti .Dan barangsiapa yang berbakti kepada kedua ibubapanya  pada bulan ramadan  niscaya  Allah akan menilik rahmat kepadanya serta Allah berlemah lembut akan dia .Dan perempuan yang mencari keredaan suaminya pada bulan ramadan melainkan baginya  pahala seperti Maryam dan Asiah .Dan barangsiapa yang menunaikan satu hajat (keperluan ) saudaranya yang muslim pada bulan ramadan niscaya Allah akan menunaikan beribu -ribu hajatnya .

saudaraku dan diriku sendiri sempena bulan ramadan yang sudah 10 hari meninggalkan kita sementara masih berbaki marilah kita berazam dan bertekad untuk menghadiri majlis ilmu pada bulan yang berkat ini .sama-sama kita tunaikan solat berjamaah dimana juga kita berada .janganlah abai tanggunjawab kita tetapi tingkatkanlah peliharaan kita  pada ibu bapa  samada yang sudah pergi dahulu meninggalkan kita dengan membanyak membaca zikir tahlil dan al quran hadiah untuknya atau dengan apa juga khidmat bakti kepada keduanya .Tidak lupa pula kepada para isteri yang sentiasa sibuk didapur atau sedang berkerja penuhilah kehendak suamimu agar sentiasa mendapat keredaanya dan keredaan Allah Azzawajallah .Akhirnya berilah sedekah kepada fakir miskin ,anak yatim  ibu tunggal dan kepada siapa juga yang memerlukan bantuan dari kita semua agar kita dapat merebut bonus pahala berlipat ganda daripada Subhanahu Wataala pada bulan yang berkat ini. .. selamat berpuasa .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger