HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-08-01

دعا هاري فرتام رمضان


افبيلا  مليهت  سئورغ  همبا  اكن سهاري  بولن رمضان  مك مموجي اكن الله سبحانه وتعالى  كمودين اي ممباج  سورة الفاتحه توجه كالي  نسجاي دعافيتكن  درفد ساكيت ماتا فد بوان ترسبوت 
 


سبدا نبى صلي الله عليه وسلم  افبيلا  اغكاو مليهت سهاري  رمضان  ( ارتيث هاري  فرتام  رمضان) باج  الله اكبر  تيكا كالي  
دان ممباج دعا 
ََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََالحِمدلله الذي خلقنى وخلقك وقدرلك  منازل وجعلك  اية للعالمين
دان ممباج دعا 
اللٌهم اهلٌه علينا بالاْمْنٍ والايمانٍِِِ والسلامةِ والاسلامِ ربٌِي وربٌك الله 

  نسجاي  الله اكن مراس  ممكَه  دغن اورغ  يغ ممباج  دعا  ترسبوت  دان  فرمانث باكي ملائكة هي ملائكة  هندقله كامو  منجادي  سقسي  بهوا  همباكو اين تله لفس  درفد نراكا
Daripada fazlilat do'a awal ramadhan  sebagai panduan kita  bersama , Semoga kita semua bermula  puasa dengan lebih sempurna serta doa yang memohon agar diberi  pertolongan dan keamanan daripada godaan  hawa nafsu yang menjadi duri dalam daging ketika melaksanakan ibadah  puasa  .Sesungguhnya ramadan  yang menjelang adalah hadiah  yang sangat istimewa .kerana  bermulalah sekolah atau kem  tazkiyatu nafsi ( Pembersihan Jiwa)dalam kerangka membetuk fitrah menuju kehadirat ilahi sempena ramadan.

Sebahagian  daripada  kelebihan atau keistimewaan ramadan 

Daripada Abu Hurairah r.a Sabda Nabi SAW : di kurniakan  lima  perkara kepada umatku yang tidak diberi kepada umat sebelumku .
  1. Berubah bahuan mulut  orang yang berpuasa  terlebih wangi dariapda kasturi disisi Allah 
  2. Firman Allah "Syurgaku berikan  kepada hambaku yang soleh dan aku padakan ( menjamin) 
      belanjanya dan sakitnya .maksudnya  segala nikmat syurga adalah free dan tiada ada sebarang
      kesakitan padanya  .
 3.  Diampunkan pada setiap akhir malamnya .sahabat bertanya ya Rasullah yaitu malam lailatul 
      qadar ka ? Sabda Nabi "Orang yang berkerja sungguhnya disempurnakan upahnya apabila 
      selesai . Ertinya segala amalan sembahyang ,taubat dan dll yang dibuat malam itu terus  
      diberikan  pahalanya malam itu juga .
 4.  Sabda Nabi dalam  hadis Qudsi " tiap-tiap amalan kebajikan Allah balaskan pahanya adakala 
     digandakan sehingga  sepuluh kaliganda dan ada sehingga  tujuh puluh kaliganda , adapun 
     puasa tidak terhingga kerana Allah sendiri akan menyempurnakanya .  
 5. Dua Kesukaan bagi orang yang berpuasa  pertama ketika berbuka dan ketika bertemu tuhanya
     pada hari qiamat

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger