HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-08-24

AKHIR RAMADAN

 السلام عليكم  ورحمة الله  وبركاته 
semoga  semua masih lagi kuat menuntut kelebihan ramadan yang disediakan  Allah  kepada ummatnya  terutamanya sepuluh malam terakhir  ini ,maaf la  banyak artekal  tak sempat saya tulis disini terutama tentang fadhilat ,amalan dan yang berkaitan malam lailatul  qadar  walaupun benda tu dah ada ,tapi nak buat macamna  malam-malam  terakhir macam  ni banyak sangat jemputan  untuk memberi tazkirah .Pada awalnya dok rancang malam yang akhir ni nak rehat kat mana-mana masjid nak usung  periuk belanga tikar bantal pi iktikaf .las sekali kena  layan  gak jemputan untuk bagi tazkirah  jadi bila balik pun  lewat ,tidur pun lewat lepas tu sahur pula lepas sahur program saya dah tetap lepas  subuh baca kitab sampai 8.30 pagi jadi tak dak masa nak ngadap ntang ni .

takirah 1
 Hadis Dari Jabir  r.a  Sabda Nabi saw :
Apabila akhir  ramadan menangis tujuh petala langit dan bumi dan segala malaikat kerana berlalu ramadan dan berlalu segala  kelebihanya dan ummatku berhadapan musibah bulan -bulan berikutnya .Maka sahabat bertanya apa musibah ya Rasulllah ..? sabdanya ialah  telah berlalu segala  kelebihanya iaitu doa padanya mustajab , sedekahnya diterima ,segala  kebajikan  dilipatganda ganjaranya ,siksa kubur  terangkat .maka tiada lah musibah yang terlebih besar daripada ini musibah .

قال رسوالله صلى الله  عليه وسلم
 نوم الصائم عبادة وصمته تسبيح وعمله مضاعف ودعاءوه مستجاب وذنبه مغفور 
maksudnya  tidur  orangyang berpuasa ialah  ibadah ,diamnya adalah tasbih ,amalanya pahala berlipat ganda,doa'nay mustajab dan dosanya diampun .

Maka kerana  itulah malaikat ,langit dan bumi yang tak diwajibkan  berpuasa pun  turut menangis mengenangkan  luputnya kelebihan -kelebihan  yang dihadiahkan  Allah untuk umat ini .sebaliknya ada dikalangan ummat itu sendiri gembira kerana berakhirnya ramadan boleh la makan seperti biasa ...???
Didalam kitab  jamu' fawaid dihikayatkan bahwa  seorang lelaki yang bernama Soleh bin Abdullah apabila  berpagi hari raya dia mengasingkan diri dari anak isterinya dan merantai tengkoknya dan  dituang dari atas kepala sehingga seluruh badannya .lalu orang ramai berkata  kepadanya pada  hari ini hari raya hari kesukaan ..? katanya  ya sememang aku tahu dan tetapi aku ini hamba ..telah menyuruh oleh tuhanku upaya aku mengerjakan amal sebanyaknya tetapi aku tidak tahu adakah amalan aku itu diterimanya atau tidak .Sedangkan Soleh diketika  itu duduk dibelakang musallah .orang ramai bertanya  lagi mengapa kamu tidak duduk  sekali dengan orang ramai dalam musalla ...? katanya aku datang ini kerana meminta rahmat dan ini lah tempat yang paling layak bagi orany yang meminta mudah-mudahan Allah menilik kepada kedaifakku lalu dia kasihan aku .
Nah ..betapa harapnya dia kepada keampunan  Illahi pada pagi  syawal yang shahdu...  
اللهم انك عفو كريم تحب  عفوا  فاعفو عنا 

" Dikata pad pihak ulama  hari raya orang mukmin  itu ialah  lima .
1. Berpagi-pagi ia seperti aidul fitri tiada  dicatat atasnya sebarag dosa .
2.Keluar seorang  dari dunia (mati) diatas  iman dan  syahadah dan terpelihara dari tipu daya syaitan .
3.Lalu atas  titian sirat dalam keadaan sentusa dari haru hara khiamat dan lepas daripada خصوم ( berlawan   kepayahan )hari kiamat .
4.Pada hari ia dimasukanya kedalam  syurga .
5.Pada hari  iadapat memandang wajah  tuhanya , maka ialah raya yang paling  besar .

Mudah-mudah kita akan mendapat keampunan dari tuhan dan doakan  segala amal ibdat kita sepanjang ramadan  diterima Allah ..amin 

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger