HARGAI MASA !!!

AHLAN WA SAHLAN

2011-07-05

TAJAAN BERBUKA ,MORE DAN SAHUR KEPADA 230 PELAJAR PONDOK BANDAR HILIR SIK

 السلام  عليكم  ورحمة  الله وبركاتة
 kepada semua pencinta  Islam.
  
  اهلا وسهلا  يا مرحبا  شهر  المبارك   سآ تينا


Ramadan Menjelang lagi.. 
 Salawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan Ahli Keluarga Baginda dan Para Sahabat Attahiri Ajmaein.
 
Beberapa hari lagi  seluruh  umat Islam sedunia akan menyambut Ramadhan  Almubarak .Bulan  yang penuh keberkatan ,bulan  keampunan , bulan rahmat ,bulan amal ibadat .Pendek kata segala kemuliaan ,keagungan   ada didalam bulan ini yang  tak terhingga  banyaknya . Bagi  hamba  yang soleh dan beriman  mereka menunggu ketibaanya dengan senyuman dan  tangisan kerana  terlalu gembira dengan  kedatangan  Ramadan .
    Pada   kesempatan ini saya selaku khadam Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik Kedah . Ingin  mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak  " kepada semua muslimin -muslimat .Semoga  Allah memberi kekuatan  taufik dan hidayah kepada kita semua dan memberi kesihatan  yang baik   agar  kita dapat berbuat amal soleh sempena ramadan  yang akan  tiba .
       Sesungguhnya peluang ramadan sebulan yang dihidangkan  nanti   ,adalah masa yang sangat berharga yang tidak ada tolak bandingya  dengan bulan-bulan  yang lain . Inilah  kesempatan  yang sangat baik untuk kita bermuhasabah ,beribadat dengan tekun ,membaca Al Quran  sebanyak-banyaknya , berilah  kesempatan  dan  luangkan masa untuk diri kita sendiri , Setelah sebelas bulan dihabiskan  untuk kepentingan kerjaya kita dalam semua lampangan .Kita telah mengerah tenaga ,wang ringgit dan masa  yang begitu banyak  bagi mencapai impian kita ,untuk  kewajipan rumahtangga  kita dan untuk semuanya .Sekarang tibalah masa  kita kurbankan harta benda ,wang ringgit dan juga masa bagi takarub  kepada Allah tuan empunya diri kita  ,tuan seluruh alam . Dalam  sebulan  yang diperuntukan ini .Maka jangan kita  lupa kepada mereka yang  memerlukan ,mereka yang yang telah berjuang  untuk jalan Allah ,Seperti orang miskin ,anak yatim ,ibu tunggal .Juga  kepada Institusi Pengajian  Islam Persendirian yang berkorban dengan jiwa yang ikhlas  memberi pelajaran islam ,menanam aqidah yang suci untuk anak bangsa , agama dan negara   .

    Dalam  kesempatan ini saya mengambil  peluang dan memberi ruang kepada muslimin muslimin untuk beramal jariah kepada sekolah saya .yang memerlukan  sumbangan berbuka ,moreh dan bersahur  kepada  pelajar dan  guru -guru saya lebih kurang  230 orang  yang mengajar dan belajar  membaca tilawah Al quran  ,zikrullah sepanjang ramadan disini . Anggaran  kos RM 24,078.00 sebulan .
  Kepada sesiapa yang ingin beramal jariah boleh masukan terus kedalam Akaun  

Bank Islam  atas nama PUSAT PENGAJIAN ISLAM   No : 020480 10028139 

MAYBANK atas nama ISMAIL BIN MAHMUD@YAAKOB No:      152040362875.

 Atas sumbangan anda dan sokongan anda saya merasakan suatu amanah yang wajib dipikul dengan sebaiknya moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada  kita semua ...  sekian terima kasih 



PENGETUA 
Ustaz Ismail Hj Mahmud PJK .        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memohon Sumbangan Anda

E-Mel : attaalim93@gmail.com. Blog : pondokbandarhilir.blogspot.com.
No. Tel : 013 9150557,Ust Mohd Ali bin Hj Abu Bakar (Pengetua).

Akaun BIMB : Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik
No. Akaun : 020 480 100 28139

Sumbangan anda kami sangat sanjungi dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairon Kathiiraa dan jutaan Terima Kasih. Semoga Allah memberkatinya.

Powered By Blogger